DAGING MASAK HALIA SELERA
BAHAN-BAHAN
500 g daging batang pinang, dihiris nipis
1/2 camca teh garam
2 inci halia (dihiris nipis dan memanjang)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji bawang besar, dipotong bulat
1 1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
2 camca besar kicap cair
1 biji cili merah, dibelah (sebagai hiasan)
6 biji cili padi (ditumbuk)
1 cawan air
1 cawan air
CARA MEMASAK
- rebus terlebih dahulu daging hingga empuk.
- tumis bawang putih bersama cili padi yang telah ditumbuk
- kemudian masukkan halia dan tumis hingga naik bau.
- seterusnya masukkan kicap pekat,kicap cair dan juga sos tiram dan kacau rata.
- masukkan pula daging yang telah direbus tadi.
- masukkan air dan garam.
- tutup kepala kuali untuk 5 minit.
- kemudian masukkan bawang besar yg dipotong bulat dan kacau semua hingga rata.
- untuk touch-up terakhir hidangkan dengan hiasan cili hidup.
TIP HIDANGAN DAPUR BUJANG
1) Kenapa kita perlu merebus daging terlebih dahulu?
kerana kita inginkan struktur daging yang lembut dan tidak liat
2) Adakah menjadi kemestian untuk merebus daging terlebih dahulu?
tidak, ia terpulang kepada anda. namun boleh jer kalau tak nak rebus tapi masa memasak perlu ditingkatkan. daging harus dimasak lebih lama agar tidak liat...
SELAMAT MENCUBA...
3 comments:
banyakkan lg resipi..gud job!
aboy... ade x resepi yang pkai bahn yang xpayah simpan kat peti ais tahan lame, tapi sedap giler nak mati?
insyaallah nanti aboy cuba buat...
Post a Comment