KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN


SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA WARGA DAPUR BUJANG KAMI UCAPKAN. SEMOGA HARI YANG ISTIMEWA INI KITA DAPAT MERAPATKAN LAGI PERSAHABATAN KITA JUGA SALING MAAF BERMAAFAN ANTARA KITA. KAMI DISINI INGIN MENGUCAPKAN MAAF ZAHIR DAN BATIN DAN BERHARAP AGAR ANDA SEMUA AKAN TERUS MEMBANTU KAMI DALAM MENAMBAH LEBIH BANYAK KARYA DISINI. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KAMU SEMUA.

Sunday, August 28, 2011

BISKUT CIP COKLAT BINTANG

BISKUT  CIP COKLAT BINTANG


BAHAN-BAHAN

1 cawan mentega
1 cawan gula (dikisar halus)
2 biji telur
3 sudu besar serbuk koko
3 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
1 cawan chip coklat

KAEDAH PENYEDIAAN

  1. Mula-mula pukul mentega dan juga gula. Kemudian masukkan telur dan pukul hingga kembang.
  2. Seterusnya masukkan tepung,serbuk koko, baking powder dan soda bicarbonate yang telah diayak bersama kedalam bekas adunan sedikit demi sedikit.
  3. Kacau hingga rata. kemudian masukkan cip coklat kedalam adunan. gaulkan sehingga menjadi doh yang sempurna.
  4. Seterusnya, masukkan kedalam plastik dan rehatkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  5. Setelah itu, keluarkan doh dan lenyekkan menggunakan penggelek dan tekap menggunakan acuan yang berbentuk bintang.
  6. Susun didalam tray dan bakar selama 10 minit pada suhu 170 darjah Celsius. 
TIPS DAPUR BUJANG
  • Hiaskan biskut tadi dengan meletakan cip coklat yang selebihnya di tengah-tengah seperti digambar kalau tak nampak kosong jer. Nanti tak cantik. ok selamat mencuba...

BISKUT BUNGA PUTIH SALJU

Aboy tak pernah mungkir janji tau...( yelah tu)... Hari ni aboy cari kesempatan jugak nak buat biskut raya khas nak bg korang semua berkongsi resepi ringkas ni. Nak dijadikan cerita balik jer rumah semalam aboy terus selongkar dapur tengok2 ada tak barang tuk buat biskut raya. Jadi adalah barang2 asas tuk buat kuih raya jadi aboy pun segeralah mengeluarkan segala idea yang ada untuk mengolah resepi pasal biskut ni. Then Aboy dapat lah cipta biskut yang ringkat tuk korang semua ala dalam masa 2 jam korang dah boleh siapkan dah. Dapat dalam 3 balang kuih dah... so jimat sikit kan... kos pun takderlah mahal sangat. Ok kat bawah ni aboy tunjukkan satu jenis kuih dulu malam nanti aboy tambah resepi yang kedua pulak yer...

BISKUT BUNGA PUTIH SALJU


BAHAN-BAHAN

1 1/4 gula (dikisar kering)
1 cawan minyak sapi
1 biji telur
1 sudu teh essen vanilla
3 cawan tepung (diayak)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Pertamanya pukul gula dan minyak sapi didalam bekas dan kemudian masukkan telur kedalam adunan. Pukul sehingga kembang. 
  2. Kemudian masukkan essen vanilla dan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan soda bicarbonate sedikit demi sedikit sehingga menjadi satu adunan doh yang sempurna (tidak terlalu keras dan lembik).
  3. Kemudian masukkan kedalam plastik dan rehatkan sebentar di dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Setelah itu, keluarkan adunan tadi dan letakkan diatas plastik dan dialas juga diatas plastik kemudian lenyek menggunakan penggelek. 
  5. Dapatkan ketebalan yang sederhana. (Tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal).
  6. Kemudian tekap atau bentukkan menggunakan acuan berbentuk bunga.
  7. Sapukan tray dengan sedikit minyak sapi dan bakar biskut ini selama 10 minit dengan suhu 150 darjah Celsius. 
TIP DAPUR BUJANG
  • Kenapa saya alaskan adunan tadi dengan plastik atas dan bawah?
Hal ini adalah untuk mengelakkan adunan tadi melekat dengan penggelek dan ia juga lebih mudah dan melancarkan proses nak buat kek ni nanti.


Selamat Mencuba Semua....

Friday, August 26, 2011

PROJECT HARD DOUGH DAN CHOCOLATE BOX DAH SIAP?

Hum... dalam sebulan ni kami memang sibuk sangat penuh dengan exam dan juga banyak menyiapkan project artistry yang tergendala. Tapi yang seronoknya pada Jumaat yang lepas kami dah pun siap project kami dan maaflah baru sekarang dapat kongsikan bersama korang semua. Sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan project ni. Pada awal project ni pelbagai masalah timbul sampai la habis project ni, namun disebabkan sikap profesional masing-masing dan kerjasama dalam kumpulan kami project ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Tahniah buat kami. Hari ni kami akan memperkenalkanlah semua ahli kumpulan yang terlibat dan juga produk akhir kumpulan kami. Jom kita kongsikan bersama...

TEAM KAMI SEPANJANG SEMESTER FOR ALL ARTISTRY PROJECT






Nilah project hard dough yang kami buat...



Chocolate box

Akhirnya siap gak kan. Kami berdua nak mintak maaf gak sbb dah lama tak post kat blog ni sorry yer...

Saturday, August 6, 2011

SALAM RAMADHAN DARIPADA KAMI DI DAPUR BUJANG


Salam Ramadhan daripada kami  berdua yang berada di Dapur Bujang. Diharap anda dapat nikmat berpuasa dan beribadat di bulan ini. Cubalah kejar kemanisan iman yang semua orang inginkan. Dibulan ini banyak kebaikan yang boleh diperoleh.  Berdoalah berbanyak kepada Allah dan mohonlah agar di ampunkan dosa yang dahulu agar diri itu bersih dari segala kemungkaran. Kami di sini nak bagi amaran... hehehe JANGAN PONTENG PUASA.... and JANGAN LUPA PI SEMBAHYANG TERAWIH... sebab itu hanya terdapat dalam bulan ini sahaja... Kami disini juga ingin menyusun sepuluh jari, dan meminta maaf kepada anda semua yang sentiasa Menyokong kami. Doakan kejayaan kami dimasa hadapan agar dapat kami berbakti kepada agama , bangsa dan negara.

SALAM RAMADHAN IKLAS DARI KAMI BERDUA ABOY AND NICK