TAUHU JEPUN BERKUAH DAGING
BAHAN - BAHAN
1 Pek Tauhu Jepun 300g (berbentuk segi empat tepat)
2 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
100g daging lembu (dihiris nipis)
2 sudu besar udang kering (dikisar kering)
3 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar tepung jagung
100 ml air
sebiji tomato (dibelah 6)
setangkai cili hidup (hijau)
garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK
- Kukus Tauhu Jepun menggunakan pengukus dan ketepikan.
- Panaskan kuali beserta minyak dan goreng daging lembu sehingga masak.
- Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
- Seterusnya masukkan udang kering dan cili hidup yang dihiris nipis.
- Masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati.
- Sementara itu campurkan tepung jagung bersama air dan masukkan ke dalam kuali. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
- Akhir sekali masukkan tomato serta garam dan gula secukup rasa.
- Apabila kuah sudah pekat dan mendidih, curahkan keatas Tauhu Jepun yang sudah dikukus sebentar tadi.
TIP HIDANGAN DAPUR BUJANG
- Hiriskan daun sup dan daun bawang seterusnya hiaskan diatas hidangan tadi. Taburkan juga sedikit bawang goreng untuk menaikan aura seri hidangan.
- Tauhu Jepun mempunyai struktur yang lembut jadi ia kurang sesuai untuk direbus didalam periuk kerana ia akan menjejaskan bentuk dan menampakkan rekahan pada struktur Tauhu Jepun. Cadangan menggunakan kaedah kukus adalah untuk menjaga bentuk asal Tauhu Jepun daripada pecah semata-mata. Cara lain yang sesuai ialah, potong Tauhu Jepun kepada kepingan kecil dan gorengkan terlebih dahulu sebelum dicurahkan kuah daging diatasnya.
3 comments:
nih jer nk lgiiii
aku nak resepi sambal ikan bilis
chef.... nanti saya tambah lagi...
Post a Comment