KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Wednesday, June 29, 2011

PERBEZAAN KAMBING DAN KAMBING BIRI-BIRI SERTA KEISTIMEWAAN DAGING KAMBING


PERBEZAAN KAMBING DAN KAMBING BIRI-BIRI

KAMBING (GOAT)
  • Ekornya menegak keatas.
  • Biasanya diternak bagi mendapatkan hasil susu dan daging.
  • Daging kambing biasanya dikenali sebagai 'chevon'.
  • Daging anak kambing dikenali sebagai 'cabrito' atau 'capretto'.
  • Dagingnya rendah lemak dan rendah kolestrol.



KAMBING BIRI-BIRI
  • Ekornya jatuh kebawah.
  • Diternak untuk mendapatkan bulunya.
  • Biri-biri dewasa dikenali sebagai 'mutton'
  • Anak biri-biri dikenali sebagai 'lamb'.
  • Dagingnya mengandungi kandungan dan kolestrol yang tinggi.

KEISTIMEWAAN DAGING KAMBING
Tidak seperti daging kambing biri-biri, daging kambing biasa mengandungi kandungan lemak dan kolestrol yang sangat rendah. Ia sangat ideal bagi mereka yang sangat menitik beratkan soal kesihatan. Keistimewaan lain yang terdapat dalam daging kambing termasuklah:
  • Baik untuk jantung dan ia disyorkan oleh American Heart Association bagi mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan yang melibatkan jantung.
  • Ia kaya dengan protien dan ratio lemak sihat.
  • Mengandungi zat besi dan pottasium yanga tinggi berserta dengan tahap sodium yang rendah.
  • Kandungan kalori dan kolestrolnya lebih rendah berbanding dengan tahap lembu dan ayam.
  • Tiada pencemaran hormon seperti daging ayam dan pencemaran bakteria sepertimana yang ada pada ikan.
Harapnya info ini membantu anda sedikit sebanyak pemahaman anda tentang kambing dan juga kambing biri-biri. Kami di dapur bujang menggalakkan anda semua untuk berkongsi maklumat bersama kami. Jika ada sebarang komen atau cadangan sila tinggalkan kepada kami. JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOG KAMI. Pastinya anda tidak akan menyesal jika menjadi sebahagian dari komuniti kami. terima kasih.

SUMBER RUJUKKAN: UATAZ YUSNIZAN YUSOF, PENOLONG PENDAFTAR PERNIKAHAN, PENCERAIAN DAN RUJUK,http://www.baituzzahra.com/indexmain/index.php?option=com_content&view=article&id=1258&Itemid=610

No comments: