KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Showing posts with label HIDANGAN MEE : DAPUR BUJANG. Show all posts
Showing posts with label HIDANGAN MEE : DAPUR BUJANG. Show all posts

Friday, December 9, 2011

JOM SARAPAN PAGI!!! Menu: Mee Goreng Mamak

Hum, macam biasa aboy kerja over night jugak semalam. Dari pukul 11 malam sampailah pukul 7 pagi ni. Tapi semalam lain sikit sbb hari kedua kerja takder lah rasa mengantuk lagi. Kalu hari lepas nak prepare sarapan pun boleh tertido-tido sampai cium meja..hahaha... Sebenarnya nak bagitahu jugak kat anda semua yang sebenarnya aboy ngan nick tengah menjalani latihan industri yang kedua di Holiday Villa Cherating Resort and Spa, Pahang.  That why la kami berdua tak sempat nak update banyak2 dlam blog ni. Ni pun aboy amik kesempatan nak menulis sbb nick skg kerja waktu pagi dari pukul 7 pagi sampailah pukul 3 ptg. Lepas balik kerja dia penat terus tido... tulah tak sempat... jangan marah yer semua. Jadi tuk mengubat kerinduan anda semua pada kami, dengan berbesar hati aboy nak kongsikan masakan istimewa yang disediakan aboy bersama Chef Raiz@ abg raiz pada pagi tadi...


Mee Goreng Mamak

BAHAN-BAHAN

1/2 kilo mee kuning
5 sudu besar sambal kacang
5 sudu besar sambal tumis
Sedikit sos ikan
Sedikit sos tiram
1 batang fish cake
2 biji cucur udang
1 biji kentang goreng
Sedikit sayur sawi
2 biji tomato
2 batang cili merah/hijau (dihiris)
Sedikit tauge
2 biji telur
Sedikit lada sulah
Sedikit chicken stock

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Pertama sekali, panaskan kuali diisi minyak dan pecahkan telur didalam kuali dan kacau.
  2. Kemudian, masukkan fish cake,kentang dan cucur udang. Kemudian masukkan sambal tumis, sambal kacang, sos tiram dan sos ikan.
  3. Seterusnya, masukkan mee kuning dan kacau rata bersama rencah tadi.
  4. Selepas itu masukkan sayur sawi,cili merah/hijau, tomato dan juga tauge.
  5. Berikan sedikit perasa lada sulah dan chicken stock. 
Hum, senangkan... sedap  jer pagi2 ni makan mee goreng mamak. ditambah pula dengan teh tarik yang panas2. Huhu terliurkan.Nak lebih menarik tambahkan bawang goreng dan juga daun bawang diatas mee goreng mamak tadi. Hari ini still Chef Raiz@abg raiz yang meneman saya berkerja tengah malam tadi. Saya rasa anda boleh cuba menyediakan menu ini dirumah bersama familykan. Oklah sampai disinilah aboy berhenti. Nak sambung tido pulak ni. Selamat berkongsi lagi aboy ucapkan. Harap anda boleh berkongsi ngan kawan2 yang lain. Terima kasih aboy ucapkan kerana anda semua sudi melawat blog aboy dan nick ni. Jumpa lagi selamat tido... hahaha.



Waa... gambar dia lagi!!! Jadi model dalam blog ni untuk hari kedua. Terima kasih Abg Raiz...

Wednesday, September 1, 2010

KUEY TIAW SERENIA



KUEY TIAW SERENIA

BAHAN - BAHAN

1 bungkus kuey tiaw
3 sudu planta
100 gram cheese mozarella
300 gram daging lembu
500 ml air
1 sudu tepung jagung
2 biji bawang besar(dikisar)
4 ulas bawang putih(dikisar)
1/4 sayur kobis
1/2 lobak merah (dipotong jejari)
1 biji tomato dibelah 6
1 biji telur
Sedikit daun sup dan daun bawang
1 biji limau kasturi
1 batang kayu manis
3 biji buah pala
4 biji jintan manis 
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK
  1. Cairkan planta kedalam kuali dan masukkan sebungkus kuey tiaw. Gaul sehingga rata. Seterusnya sagat cheese mozarella diatas kuey tiaw tadi dan ketepikan.
  2. Untuk membuat kuah "Serenia", panaskan minyak dan masukkan kayu manis,buah pala dan jintan manis untuk menaikan aroma masakan.
  3. Seterusnya masukkan daging kedalam kuali dan goreng seketika bersama rempah tadi agar bau wangi sebati dengan daging.
  4. Kemudian, masukkan bawang merah dan bawang putih yang dikisar untuk ditumis sehingga naik minyak dan berwarna kekuningan. 
  5. Setelah bahan - bahan tadi sudah sebati masukkan air ke dalam kuali.
  6. Reneh sebentar daging lembu tadi sehingga empuk.
  7. Seterusnya, masukkan sayur kobis,lobak merah dan tomato.
  8. Sementara itu pecahkan telur dan pukul sehingga kembang.
  9. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau kuah ini agar telur kelihatan seperti bertali-tali.
  10. Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuah sebagai ejen pemekat.
  11. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  12. Setelah siap letakkan kuey tiaw di tengah tengah pinggan dah tuangkan kuah " Serenia " disekelilingnya supaya kelihatan seperti pulau yang dikelilingi air laut.Hiaskan dengan daun bawang dan daun sup diatasnya.
  13. Perahkan limau kasturi pada kuah "Serenia" untuk rasa sedikit masam dan manis.
TIP HIDANGAN DAPUR BUJANG
  • "Kuey Tiaw Serenia" ini merupakan resepi baru Chef Aboy. Kenapa Serenia? Serenia merupkan satu nama pulau yang cantik. Dilihat kepada hasil masakan ini berbentuk seperti sebuah pulau kecil yang cantik. Perbezaan antara "Kuey Tiaw Serenia" ini dengan masakan kuey tiaw yang lain adalah dilihat pada cara memasak kuey tiaw diawal masakan. Kuey tiaw di ratakan bersama planta dan cheese mozarella adalah untuk menambahkan rasa lemak kuey tiaw ini dan penggunaan limau kasturi yang diperah kedalam kuah "Serenia" adalah untuk memberikan rasa masam dan manis kepada kuah ini.
  • Anda dinasihatkan memasak menggunakan sudip kayu untuk mengelakkan struktur kuey tiaw ini daripada hancur.
  • Daging haruslah direneh sehingga empuk agar struktur daging tidak liat dan cukup masak untuk dimakan.