KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Sunday, May 8, 2011

KEK NENAS KUKUS


KEK NENAS KUKUS

BAHAN-BAHAN

200 gram gula caster
250 gram mentega
250 gram tepung naik sendiri
5 biji telur
1 sudu esen vanilla
1 tin nenas bulat
4 sudu sirap nenas
ceri merah (hiasan)

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Sediakan loyang dan sapukan mentega di dasarnya, kemudian susun nenas di dalam bersama ceri merah. (anda boleh susun mengikut kretiviti anda).
  2. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang dan sebati
  3. Kemudian masukkan telur satu demi satu.
  4. Seterusnya masukkan esen vanilla dan sirap nenas ke dalam adunan , pukul sehingga sebati.
  5. Akhir sekali, tuang adunan kek kedalam loyang tadi. Sediakan periuk pengukus. Kukus selama 1 jam. jangan lupa untuk menambah air di dalam periuk kukus jika berkurang.
TIP DAPUR BUJANG
  • Kaedah mengukus adalah berbeza dengan kaedah membakar kerana ia dapat menghasilkan kek yang lebih lembut dan enak. (nenek-nenek yang takder gigi pun boleh makan)
  • Jika anda mahukan rasa yang lebih sedap dan istimewa, anda boleh gantikan sirap nenas dengan jus nenas yang agak pekat dan masam-masam manis.

No comments: