STUFFED CHICKEN PARMESAN WITH "SPINACH" FILLING
BAHAN-BAHAN
1 bahagian dada ayam
5 helai daun bayam
1/2 batang lobak merah (dihiris halus dan memanjang)
5 sudu tomato paste
1 sudu Parmesan cheese
2 sudu mozzarella cheese
200 gram tepung gandum
2 biji telur
100 gram serbuk roti " breadcrumbs"
sedikit mayonnaise
sedikit mustard
KAEDAH PENYEDIAAN
- Pertamanya, belah dada ayam (bahagian tengah dibelah dan tidak terputus ) agar menjadi lebar dan ketuk dada ayam ini hingga menjadi leper.
- Kemudian, celurkan sayur bayam dengan air panas sehingga 3 minit dan toskan.
- Seterusnya, campurkan Parmesan cheese, mustad dan mayonnaise bersama dengan sayur bayam yang telah dicelur tadi (gaulkan sehingga rata).
- Letakkan sayur bayam yang telah digaul rata tadi diatas bahagian dada ayam yang telah diketuk menjadi lebar dalam keadaan rata.
- Letakkan juga lobak merah yang telah dihiris halus memanjang diatas dada ayam tadi.
- Kemudian gulung dada ayam perlahan-lahan dengan kemas supaya menjadi gulungan yang cantik.
- Seterusnya, salutkan gulungan ayam ini dengan tepung, kemudian telur dan akhir sekali dengan serbuk roti "breadcrumbs".
- Bakar selama 12-15 minit pada kadar 170 darjah Celsius.
- Setelah nampak garing, tuangkan tomato paste dan taburkan mozzarella cheese diatasnya. bakar semula sehingga cheese cair.
- Akhir sekali, anda bolehlah potong menyerong ataupun dihiris tebal-tebal, susun di atas pinggan dan hiaskan.
TIP DAPUR BUJANG
- Sesuai dimakan dengan butter sause, BBQ sause dan mushroom sause.
- Hidangan ini amat sihat, berkhasiat dan cepat. Sayur bayam boleh ditukar dengan sayur lain mengikut cita rasa anda.
- Kaedah "bake" atau bakar lebih sihat berbanding digoreng. Ayam yang dibakar mempunyai kalori yang lebih rendah berbanding menggoreng menggunakan minyak.
4 comments:
boy.... buat bnyk sikit.... cepoet je..
buat banyak2 saper nak mkn. ni buat sbb nak amik gambar jer and nak mkn sendiri...
selain bayam, boleh x suggest daun ape bole ganti ?
boleh jer guna yang lain.. kalu orang melayu lebih mudah gunakan sayur sawi... hum... hehe
Post a Comment