Pages

Friday, July 15, 2011

SEJARAH TENTANG MAKANAN : ROTI


Ok, ari ni Aboy and Nick nak cita pulak pasal roti. Tau tak korang dari mana asalnya roti ni and sejarah tentang roti ni. Hum, korang tau makan jer kan.. ish2. Sambil mkn korang kenalah tanya diri korang dari mana asalnya roti ni. Ok, apapun kitaorang bg info tuk hari ni. selamat membaca. See you all...


Roti merupakan makanan tersedia paling tua, bertarikh semenjak zaman Neolithik apabila bijiran cereal dan air dicampur menjadi pasta dan dimasak.

Di zaman Mesir silam, penghasilan roti merupakan salah satu bahagian penting dalam penyediaan makanan, bersama dengan penghasilan bir; kedua-duanya mempunyai juga kepentingan keugamaan. Adalah dipercayai bahawa orang-orang Mesir mencipta oven tertutup pertama bagi pembakaran roti. Roti merupakan makanan ruji utama dalam diet bagi kebanyakan sejarah Europah, seawal semenjak 1000 BC sehingga masa kini.


Sepanjang beberapa ratus tahun, jumlah pendapatan rumah Europah yang dibelanjakan bagi membeli roti telah perlahan-lahan berkurangan secara tetap dengan pengurangan kos penghasilan dan penggunaan per kapital. Otto Frederick Rohwedder dianggap sebagai bapa bagi roti potong. Pada tahun 1912 Rohwedder mula memajukan mesin yang mampu memotong roti, tetapi kedai roti keberatan menggunakannya kerana mereka bimbang roti akan masuk angin dan menjadi keras. Hanya pada tahun 1928, apabila Rohwedder mencipta mesin yang memotong dan membungkus roti, barulah roti keeping laris diterima. invented a machine that both sliced and wrapped the bread, that sliced bread caught on. Kedai roti di Chillicothe, Missouri adalah yang pertama menggunakan mesin ini bagi menghasilkan roti keping.


Selama beberapa generasi, roti putih dianggap roti bagi orang kaya sementara orang miskin makan roti gelap. Bagaimanapun konotasi ini berubah pada abad ke-20 dengan roti gelap dianggap mempunyai kandungan zat yang lebih tinggi berbanding roti putih sementara roti putih dikaitkan dengan kejahilan orang miskin mengenai zat permakanan. Baru-baru ini, pembuat roti domestik yang menghasilkan roti secara automatik menjadi popular di rumah.


Roti (khubz) merupakan makanan ruji bagi masyarakat timur tengah yang rata-rata beragama Islam. Dalam ajaran Islam resipi berasaskan roti dibenarkan untuk diperagakan dengan pelbagai masakan, cecahan atau boleh diadunkan dengan pelbagai inti bergantung kepada citarasa masing-masing, namun penyediaan roti dan memakan roti bersama makanan haram atau tidak halal adalah tidak dibolehkan dalam Islam. Sila lihat; Hukum pemakanan Islam. Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak pemakan akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda; "Jangan potong roti dengan pisau. Hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Dah baca ni korang ringan ringankan lah follow blog kami ni. Moga lagi ramai komuniti boleh buat makan besar hehehe. Buat reunion pun best ada ramai ahli kat dapur bujang ni.baru best!!!

SUMBER RUJUKAN: http://ms.wikipedia.org/wiki/Roti


No comments:

Post a Comment

Dont Forget To Follow Our Blog... Mcm-Mcm Ada Untuk Dikongsi. "Dari Dapur Dekat Ke Hati"