Salam... Selamat pagi semua, semalam aboy kena kerja dari pukul 11 malam sampai pukul 7 pagi tadi untuk prepare sarapan pagi untuk 150 pax. Inilah kali pertama kerja pagi2 macam ni... Haha, takperlah itu semua pengalaman dan pengalaman ini jugalah membuatkan aboy nak kongsi dengan anda semua resepi salah satu menu sarapan pagi tuk ari ini... Menu pada hari ini ialah FARMER POTATO atau sauted potato. Caranyer senang sahaja dan aboy akan kongsikan dengan semua.
FARMER POTATO
BAHAN-BAHAN
4 biji kentang (dipotong dadu dan direbus 3/4 empuk)
1/2 biji lada banggala merah dan hijau
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 helai bay leave
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit daun basil kering
Sedikit garam
KAEDAH PENYEDIAAN
- Letakkan sedikit minyak didalam kuali dan masukkan bay leave supaya naik aromanya yang wangi.
- Kemudian, tumiskan lada banggala dan bawang besar.
- Seterusnya, masukkan kentang dan taburkan sekali daun basil kering.
- Taburkan sedikit garam sebagai perasa dan segara dihidangkan.
ULASAN DAPUR BUJANG:
Waa... mudah kan. hanya dengan 1,2 dan 3 hehe... selamat mencuba kepada korang semua. Aboy juga ingin kongsikan juga bahawa hari ini aboy telah berkerja bersama Chef Raiz @ abg raiz. Dia banyak membantu aboy dalam mengenal perkara baru didalam industri ini. Diharap dapat berkongsi lagi peristiwa2 manis di dalam masakan bersama anda lagi. Terima kasih kepada abg raiz juga anda yang sudi melawat blog kami.
Terima kasih Abg Raiz!!!
4 comments:
Bestnya nampak..kena try ni..
cubalah.... senang jer... mesti tengah lapar ni kan... hehe
yerla... ngan kawan... knp x percaya ker? hehe...
Post a Comment