Hum, macam biasa aboy kerja over night jugak semalam. Dari pukul 11 malam sampailah pukul 7 pagi ni. Tapi semalam lain sikit sbb hari kedua kerja takder lah rasa mengantuk lagi. Kalu hari lepas nak prepare sarapan pun boleh tertido-tido sampai cium meja..hahaha... Sebenarnya nak bagitahu jugak kat anda semua yang sebenarnya aboy ngan nick tengah menjalani latihan industri yang kedua di Holiday Villa Cherating Resort and Spa, Pahang. That why la kami berdua tak sempat nak update banyak2 dlam blog ni. Ni pun aboy amik kesempatan nak menulis sbb nick skg kerja waktu pagi dari pukul 7 pagi sampailah pukul 3 ptg. Lepas balik kerja dia penat terus tido... tulah tak sempat... jangan marah yer semua. Jadi tuk mengubat kerinduan anda semua pada kami, dengan berbesar hati aboy nak kongsikan masakan istimewa yang disediakan aboy bersama Chef Raiz@ abg raiz pada pagi tadi...
Mee Goreng Mamak
BAHAN-BAHAN
1/2 kilo mee kuning
5 sudu besar sambal kacang
5 sudu besar sambal tumis
Sedikit sos ikan
Sedikit sos tiram
1 batang fish cake
2 biji cucur udang
1 biji kentang goreng
Sedikit sayur sawi
2 biji tomato
2 batang cili merah/hijau (dihiris)
Sedikit tauge
2 biji telur
Sedikit lada sulah
Sedikit chicken stock
KAEDAH PENYEDIAAN
- Pertama sekali, panaskan kuali diisi minyak dan pecahkan telur didalam kuali dan kacau.
- Kemudian, masukkan fish cake,kentang dan cucur udang. Kemudian masukkan sambal tumis, sambal kacang, sos tiram dan sos ikan.
- Seterusnya, masukkan mee kuning dan kacau rata bersama rencah tadi.
- Selepas itu masukkan sayur sawi,cili merah/hijau, tomato dan juga tauge.
- Berikan sedikit perasa lada sulah dan chicken stock.
Hum, senangkan... sedap jer pagi2 ni makan mee goreng mamak. ditambah pula dengan teh tarik yang panas2. Huhu terliurkan.Nak lebih menarik tambahkan bawang goreng dan juga daun bawang diatas mee goreng mamak tadi. Hari ini still Chef Raiz@abg raiz yang meneman saya berkerja tengah malam tadi. Saya rasa anda boleh cuba menyediakan menu ini dirumah bersama familykan. Oklah sampai disinilah aboy berhenti. Nak sambung tido pulak ni. Selamat berkongsi lagi aboy ucapkan. Harap anda boleh berkongsi ngan kawan2 yang lain. Terima kasih aboy ucapkan kerana anda semua sudi melawat blog aboy dan nick ni. Jumpa lagi selamat tido... hahaha.
Waa... gambar dia lagi!!! Jadi model dalam blog ni untuk hari kedua. Terima kasih Abg Raiz...
No comments:
Post a Comment