DURIAN BELANDA
Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L
Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia di mana ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Ia biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.
Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Dagingnya terdapat banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya
- Durian belanda mempunyai pelbagai khasiat dan mampu memberikan kesan anti kanser yang sangat kuat, anti bakteria dan anti fungus serta mampu melawan pelbagai jenis parasit dan cacing.
- Durian belanda mampu menyerang sel kanser secara efektif dan semula jadi. Ia juga mampu melambatkan pertumbuhan kanser tanpa menjejaskan sel-sel sihat di dalam badan.
- Pesakit kanser tidak akan berasa mual,mengalami penurunan berat badan, keguguran rambut seperti mana apabila menjalani kemoterpi.
- Selain itu, buah ini mampu membantu menurunkan darah tinggi, kemurungan,dan membaikpulih sistem saraf yang kurang baik.
- Kegunaan lain daripada sumber durian belanda adalah akar daun pokok iniyang mampu mengubati kencing manis. Begitu juga dengan buah durian belanda muda yang dicampurkan dengan minyak zaitun dapat mengubati sakit sendi dan sengal-sengal.
SUMBER RUJUKAN: MAJALAH SAJI RESEPI BULANAN BERINFOMASI, JULAI 2011