SOALAN:
- Kenapa ikan menjadi keras apabila dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro? Saya telah mengikut peraturannya didalam buku khas untuk masakan microwave.
JAWAPAN:
Sebelum menggunakan ketuhar gelombang micro, anda perlu tahu kadar powernya. ada ketuhat 700w, 800w, atau 1000w. Jika resepi di dalam buku berdasarkan ketuhar 1000w, maka masa memasak adalah pendek jikalau dibandingkan dgn ketuhar 700w.
Untuk memasak ikan, anda perlu menutup bekas microwave atau gunakan penutup cling film supaya kelembapan ikan kekal. Jika di biarkan tanpa penutup, isi ikan akan menjadi keras. Menutup bekas juga memastikan ikan dimasak di dalam wapnya sendiri atau kuahnya. Lazimnya, ikan dikeluarkan dari ketuhar sebaik sahaja ia masak dan dibiar pada suhu bilik selama 10 minit untuk masak sempurna.
Selalunya penutup tidak dibuka tetapi sekiranya ditutup dengan cling film, sebuah lubang kecil perlu dibuat dengan hujung pisau untuk stim keluar. Jangka masa membiarkan masakan microwave selama beberapa minit disebut "standing time".
SUMBER RUJUKKAN: BUKU (BIJAK MEMASAK, NORZAILINA NORDIN " Soal Jawab & Panduan Dunia Masakan), Cetakkan 1 2011, GRUP BUKU KARANGKRAF SDN.BHD
No comments:
Post a Comment