KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

LET BE OUR FOLLOWER AND WE CAN SHARE MANY RECIPE

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Sunday, August 28, 2011

BISKUT BUNGA PUTIH SALJU

Aboy tak pernah mungkir janji tau...( yelah tu)... Hari ni aboy cari kesempatan jugak nak buat biskut raya khas nak bg korang semua berkongsi resepi ringkas ni. Nak dijadikan cerita balik jer rumah semalam aboy terus selongkar dapur tengok2 ada tak barang tuk buat biskut raya. Jadi adalah barang2 asas tuk buat kuih raya jadi aboy pun segeralah mengeluarkan segala idea yang ada untuk mengolah resepi pasal biskut ni. Then Aboy dapat lah cipta biskut yang ringkat tuk korang semua ala dalam masa 2 jam korang dah boleh siapkan dah. Dapat dalam 3 balang kuih dah... so jimat sikit kan... kos pun takderlah mahal sangat. Ok kat bawah ni aboy tunjukkan satu jenis kuih dulu malam nanti aboy tambah resepi yang kedua pulak yer...

BISKUT BUNGA PUTIH SALJU


BAHAN-BAHAN

1 1/4 gula (dikisar kering)
1 cawan minyak sapi
1 biji telur
1 sudu teh essen vanilla
3 cawan tepung (diayak)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Pertamanya pukul gula dan minyak sapi didalam bekas dan kemudian masukkan telur kedalam adunan. Pukul sehingga kembang. 
  2. Kemudian masukkan essen vanilla dan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan soda bicarbonate sedikit demi sedikit sehingga menjadi satu adunan doh yang sempurna (tidak terlalu keras dan lembik).
  3. Kemudian masukkan kedalam plastik dan rehatkan sebentar di dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Setelah itu, keluarkan adunan tadi dan letakkan diatas plastik dan dialas juga diatas plastik kemudian lenyek menggunakan penggelek. 
  5. Dapatkan ketebalan yang sederhana. (Tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal).
  6. Kemudian tekap atau bentukkan menggunakan acuan berbentuk bunga.
  7. Sapukan tray dengan sedikit minyak sapi dan bakar biskut ini selama 10 minit dengan suhu 150 darjah Celsius. 
TIP DAPUR BUJANG
  • Kenapa saya alaskan adunan tadi dengan plastik atas dan bawah?
Hal ini adalah untuk mengelakkan adunan tadi melekat dengan penggelek dan ia juga lebih mudah dan melancarkan proses nak buat kek ni nanti.


Selamat Mencuba Semua....

2 comments:

~Queen Q~ said...

kuih ni nampak suci sangat!.. cantik.

aboyandnick said...

suci dan gebu mcm tuan dia... hahaha