KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Showing posts with label SOALAN PEMINAT. Show all posts
Showing posts with label SOALAN PEMINAT. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

PERSOALAN TENTANG : BROWNIES CAKE

SOALAN PEMINAT


SOALAN :
  1. Berapa lama brownies cake boleh bertahan dan macam maner nak bagi brownies cake ni bertahan lama?

JAWAPAN:

Berapa lama brownies cake boleh bertahan bergantung kepada high of sugar and fat. Jika kandungannya seperti berikut anda boleh simpan didalam bekas bertutup selama 2 minggu dan jika anda mahukan brownies anda bertahan lebih lama simpanlah di dalam freezer. Jika hanya simpan di dalam chiller mungkin cake anda akan tumbuh kulat. Jika simpan di dalam freezer brownies boleh bertahan sehingga 1 bulan.

SUMBER RUJUKKAN: CHEF ANIDA ISMAIL, UiTM PULAU PINANG

Sunday, July 10, 2011

PERSOALAN TENTANG : TERJEMAHAN BAHAN MASAKAN INDONESIA

SOALAN PEMINAT


SOALAN:
  1. Banyak istilah bahan dalam bahasa Indonesia yang saya tak faham. Bolehkah Dapur Bujang berikan sedikit info?
JAWAPAN: 

Tepung terigu - Tepung gandum
Wortel - Lobak merah
Seleri - Saderi
Kedelai - Kacang soya
Ebi - Udang kering
Jeruk nipis - Limau nipis
Kacang mete - Gajus
Kaldu ayam - Air rebusan ayam
Susu bubuk - Susu tepung
Kemiri - Buah keras
Kapulaga - Buah pelaga
Mrica - Serbuk lada sulah
Bolok - Kiub stok
Brambang - Bawang merah
Terisi - Belacan
Cabe- Cili atau lada
Jahe- Halia
Ubi jalar atau rambat - Keledek
Wijen - Bijan
Ketan - Pulut
Daun singkong - Pucuk ubi

SUMBER RUJUKKAN: BUKU (BIJAK MEMASAK, NORZAILINA NORDIN " Soal Jawab & Panduan Dunia Masakan), Cetakkan 1 2011, GRUP BUKU KARANGKRAF SDN.BHD

Saturday, June 25, 2011

PERSOALAN TENTANG : NASI CEPAT BASI

SOALAN PEMINAT


SOALAN:
  1. Bagaimana untuk menjaga keadaan nasi seterusnya mengelakkan nasi itu cepat basi?


JAWAPAN:
Untuk mengelakkan nasi dimasak dari cepat basi, semasa anda membasuh beras kali pertama hingga ketiga anda menggunakkan tangan anda. selepas itu untuk kali keempat bila anda masukkan air kedalam beras itu anda tidak perlu lagi menyentuh air tersebut walaupun untuk mengukur.

SUMBER RUJUKKAN: "Tips Dunia Kulinari" Nor Ezanawaty Salim, Majalah SAJI Resepi Bulanan Berinfomasi, MEI 2011.

Saturday, June 18, 2011

PERSOALAN TENTANG : IKAN MENJADI KERAS

SOALAN PEMINAT


SOALAN:

  1. Kenapa ikan menjadi keras apabila dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro? Saya telah mengikut peraturannya didalam buku khas untuk masakan microwave.

JAWAPAN:
Sebelum menggunakan ketuhar gelombang micro, anda perlu tahu kadar powernya. ada ketuhat 700w, 800w, atau 1000w. Jika resepi di dalam buku berdasarkan ketuhar 1000w, maka masa memasak adalah pendek jikalau dibandingkan dgn ketuhar 700w.

Untuk memasak ikan, anda perlu menutup bekas microwave atau gunakan penutup cling film supaya kelembapan ikan kekal. Jika di biarkan tanpa penutup, isi ikan akan menjadi keras. Menutup bekas juga memastikan ikan dimasak di dalam wapnya sendiri atau kuahnya. Lazimnya, ikan dikeluarkan dari ketuhar sebaik sahaja ia masak dan dibiar pada suhu bilik selama 10 minit untuk masak sempurna.

Selalunya penutup tidak dibuka tetapi sekiranya ditutup dengan cling film, sebuah lubang kecil perlu dibuat dengan hujung pisau untuk stim keluar. Jangka masa membiarkan masakan microwave selama beberapa minit disebut "standing time".

SUMBER RUJUKKAN: BUKU (BIJAK MEMASAK, NORZAILINA NORDIN " Soal Jawab & Panduan Dunia Masakan), Cetakkan 1 2011, GRUP BUKU KARANGKRAF SDN.BHD