KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

LET BE OUR FOLLOWER AND WE CAN SHARE MANY RECIPE

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Tuesday, January 3, 2012

IKAN KEMBUNG BAKAR ISTIMEWA BERSAMA AIR ASAM DAPUR BUJANG

Oklah hari ni kita nak bersantai2 jer... duduk2 tepi pantai sambil makan ikan bakar. Ish... masyuknyakan... Ikan bakar ni jugak sesuai buat menu BBQ untuk kawan2 pembaca yang sedang beriadah atau buat camping dalam hutan. Boleh jugak halau nyamuk, tak gitu? hehe. Aboy ngan Nick bagi menu santai bersama kawan2 dan family untuk semua pembaca, bukan apa... bujang memanglah bujang but still ada familykan. Apa salahnya kalu sesekali bawak family berholiday sambil makan makanan hasil tangan anda semua... kan ker terharu mereka. Jadi kami kongsikan dengan anda hari ini, "Ikan Kembung Bakar bersama Air Asam Dapur Bujang". Harap semua bolehlah enjoy... Selamat mencuba...
 IKAN KEMBUNG BAKAR ISTIMEWA BERSAMA AIR ASAM DAPUR BUJANG


BAHAN-BAHAN UNTUK IKAN KEMBUNG BAKAR
(Bahan-bahan untuk perap ikan)
250 gram ikan kembung
10 cm halia (dikisar)
10 cm lengkuas (dikisar)
10 cm kunyit hidup (dikisar)
8 biji bawang merah (dikisar)
6 tangkai cili hijau dan merah (dikisar)
10 biji cili padi (dikisar)
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
2 batang serai ( hiris halus)
1/2 ketul gula melaka

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Tumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan daun kunyit dan serai.
  3. Akhir sekali masukkan gula melaka.
  4. Setelah pecah minyak sejukkan.
  5. Seterusnya perapkan bahan tumis tadi dengan ikan dan dibungkus dengan daun pisang.
  6. Lastly, bakar ikan sehingga masak.

BAHAN-BAHAN AIR ASAM

2 tangkai cili merah dan hijau (dihiris)
2 biji bawang merah (dihiris)
1 tangkai bunga kantan (dihiris)
1batang serai (dihiris)
3 helai daun limau purut (dihiris)
1/2 cawan asam jawa
sedikit garam garam (dihiris)
belacan (sebesar ibu jari)
1 sudu kerisik

KAEDAH PENYEDIAAN

  1. Pertama sekali bancuhkan asam jawa dengan air suam.
  2. Kemudian tumbuk belacan dan juga kerisik.
  3. Seterusnya, campurkan kesemua bahan yang dihiris.
  4. Last sekali, kacau rata kesemua bahan dan sedia untuk dicicah dengan ikan kembung bakar tadi.

3 comments:

Rozuan Ismail said...

sedapnya =D ala kampung sgt

Errah said...

sedapnya...boleh try ni..:)

aboyandnick said...

niat dihati cuma nk berkongsi... harap sudi2lah mencuba...