KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Showing posts with label UKIRAN : DAPUR BUJANG. Show all posts
Showing posts with label UKIRAN : DAPUR BUJANG. Show all posts

Monday, July 18, 2011

ROTI CREATIVE DAN MENGERIKAN

For the first, benda ni sgt mengerikan nak tau sbb per. Hal ini sbb hari ni kami nak tunjukkan anda satu video pembuatan roti yang membuat bahagian-bahagian badan manusia. Ha... Cik minah jangan termuntah pulak !!! Bile tengok roti pun ada darah-darah. Kilang buat roti ni terletak di Thailand. Sampaikan ada org dalam video ni datang semata- mata nak beli roti bahagian hidung... Ish, kalau Aboy tentu-tentu la takut. Tengok cite hantu pun tutup dengan jari. Kalu Nick dia memang suka benda-benda mcm ni. Oklah tak nak cerita panjang. saksikanlah video ini dan jgn sampai terbayang-bayang masa nak mkn tengah hari nanti. Terus takleh telan nasi. hahaha. Kami sajikan anda selamat menonton.


Gelikan? hehe... 

Saya tengok Cik Minah, Kak Bi dengan Mak Miah semua dah loya tekak. Hahaha, ini cuma untuk hiburan. Mungkin ini penamat kisah roti untuk setakat ini... Hehe macam buat liputan pulak pasal roti minggu ni. Oklah terima kasih kepada semua yang menyokong kami. 
Terima kasih banyak kepada yang telah menyokong dan FOLLOW kami, kami ucapkan terima kasih banyak dan kepada yang membaca blog kami, kami menjemput anda untu menjadi komuniti kami di dapur bujang. bersamalah follow kami agar kita dapat berkongsi lebih banyak lagi. Terima kasih semua.

Sunday, July 17, 2011

LEARN ABOUT BREAD SCULPTURE

Hari ini kita still akan bercerita tentang roti lagi. Semalam ada orang tanya kami macam mana nak buat benda mcm tu? (yang dimaksudkan bread sculpture tu la). Ok, untuk buat decoration yang diperbuat daripada dough roti ini senang jer. Dough ini dipanggil "dead dough". Kenapa kita panggil dia sebagai dead dough? Hal ini disebabkan dough ini langsung tidah menggunakan yeast yang berfungsi untuk mengembangkan roti serta melembutkan roti. korang nak tahu tak resepi untuk buat "dead dough" ni ? Terdapat pelbagai resepi nak buat dead dough ni tapi kami bagi yang mudah dan ringkas untuk anda. Senang jer. 
Harap resepi ni boleh membantu anda :

BAHAN-BAHAN :
  • 500 gram tepung
  • 10 gram garam
  • 50 gram butter
  • 200 garam water
KAEDAH PENYEDIAAN:
  1. Campurkan tepung, garam dan butter kedalam mixer/ pengadun.
  2. Kemudian pukul dan masukkan air sedikit demi sedikit.
  3. Pastikan dough atau adunan lembut dan dan kuat.
  4. Setelah siap, balutkan dough atau adunan tadi dengan plastic wrap.
  5. Rehatkan kedalam peti sejuk selama 1 jam.
  6. Anda juga boleh memberikan pelbagai warna kepada dough anda supaya kelihatan lebih menarik.
Ia tidak berhenti setakat ini sahaja. Selepas korang dah buat bentuk yang diinginkan jangan lupa untuk membakar dough itu dengan suhu 150 darjah Celsius dalam masa 10 minit. Selepas dibakar 10 minit anda biarkan ia sejuk pada suhu bilik dan bakar semula. Ulang langkah sehingga dough tadi keras dan berwarna keperangan. Itu sahaja... Selamat mencuba. Aboy dan Nick ada menyediakan beberapa video daripada bahagian 1 sampailah 6 cara-cara nak buat hiasan atau bread sculpture ni. Sambil-sambil tu korang bolehlah belajar. Selamat mencuba semua.


Bahagian 1: Bagaimana nak buat tapak or base untuk "bread sculpture" ni?


Bahagian 2: Bagaimana nak buat kuntuman bunga?


Bahagian 3: Bagaimana nak buat daun?


Bahagian 4: Bagaimana nak sambungkan base atau tapak bread sculpture ni?


Bahagian 5: Bagaimana nak sambung kuntuman bunga ni?


Bahagian 6: Final touch-up

Semoga apa yang kami kongsikan ini boleh memberikan anda lebih banyak idea selepas ni. kami ingin mengucapkan terima kasih bagi yang telah FOLLOW kami selama ini dan kami juga ingin menjemput anda yang belum FOLLOW kami harapnya anda bolehlah menjadi sebahagian daripada komuniti DAPUR BUJANG. Terima kasih sekali lagi. 

Saturday, July 16, 2011

BREAD SCULPTURE

Hari ni still cerita pasal roti jugak. Pernah tahu akan bread sculpture ala macam ukiran rotilah jugak. Disini Aboy and Nick akan tonjolkan beberapa keping gambar menarik berkaitan gubahan roti ni. Hiasan atau rekaan-rekaan berbentuk sebegini dibuat daripada dough roti sebenarnya. Selepas itu dibakar berulang kali. kemudian dicantum menggunakan gam dan akhirnya jadilah structure seperti yang akan ada dalam gambar-gambar yang kejap lagi kami tunjukkan ni. Amboi Cik Minah dah tak sabor nampaknyer... Oklah kawan-kawan. Cucilah mata anda semua... 
Selamat berkongsi idea...


Boleh buat batu bata tau!!!


Argh!!!!!! buaya...... lari...


Sgt cantik arca ni kan...


Boleh bg untuk kekasih kan...


Buat papan tanda umah pun cantik!!!


Katak... cute...


Besarnya buaya ni....tambah lagi, panjangnyer...


Replica bunga...


Dah mcm ukirang kayu dah kan... lawa...


Dah jadi bentuk manusia dah, burung-burung pun suka...


Ni... tak tau nk ckp aper... tapi unik la kan.


Wanita tengah posing maut tu.


Bunga dalam bakul. mesti korang tak terfikir kan!!!


Alat musik, lepas ni piano pulak...


Alahai comel betul, kecil jer . so, pembuatan dia pun kenelah halus...


Tak taulah, berselirat sgt...


Mcm gua jer... tak dpt dipastikan...


Ni pulak mcm barangan antik, boleh jual x2!!!!

hum, dah cuci matakan. teruja tak? tak per lepas ni kami bawakan anda video pulak kalau boleh kita boleh sama-sama kongsi. semoga anda gembira ok. 
JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOG KAMI NI YER. PASTINYA BANYAK LAGI YANG BOLEH DIKONGSIKAN.

Sunday, June 26, 2011

ICE CARVING IS FANTASTIC


OKAMOTO STUDIO ICE SCLUPTURE ON MARTHA STEWART  SHOW

Hari ni kami bawakan anda pula dengan seni ukiran bongkah ais yang agak sukar dilakukan dan memerlukan imaginasi yang cukup tinggi. Okamoto studio adalah salah satu syarikat Jepun yang sangat terkenal dalam seni ukiran bongkah ais ini. Diharap dengan video ini anda semua dapat mengetahui lebih lanjut mengenai Okamoto studio dan bagaimana mereka melakukan ukiran yang menabjubkan ini. Kami kongsikan lagi dengan anda. Lagi sekali saya ingatkan "please tutup mulut anda untuk mengelakkan air liur terkeluar akibat keterujaan melampau".


Jika ada sebarang komen sila tinggalkan dan yang telah follow blog kami ni kami ucapkan berbanyak terima kasih dan yang belum lagi menjadi follower kami "JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOG KAMI". pasti anda tidak akan menyesal. hehe... Enjoy semua...

GAMBAR UKIRAN YANG LAIN








Ha.... teruja kan... So yang baru tengok tu, tahniah la ini benda baru untuk korang. Jadi betul tak kami ckp korang takkan menyesal punya kalu follow blog kami... Banyak manfaat dapat tau... hehehe... Ok, harap korang enjoy sgt. Kami pun gembira bile korang pun suka.. thanks korang.




Friday, June 24, 2011

ADVANCE STAGE FOR FRUIT AND VEGETABLE CARVING

Ok... Dah lama kan kami tak keluarkan article pasal fruit and vegetable carving ni... Hari ni tergerak pulak hati nak bagi lagi info kat korang semua. Kita share sama-sama mengenai art carving ni. Untuk kali ni kami bawakan anda teknik-teknik menarik untuk membuat ukiran burung menggunakan epal dan juga corak ukiran daripada Indonesia iaitu daripada Bali... Sangat kretif dan harapnya korang semua akan enjoy dengan video-video ni...

Ha... Yang ni dia buat burung... burung apa? Burung epal... burung apa? Burung epal... burung apa? Burung epal la... Korang tengok la sendiri malas nk ulang... Tengok tau... Jgn sampai kuar air liur sudah.. sebab teruja.. haha....


Yang ni pulak ukiran seni cara orang2 bali... Sangat unik dia buat kat Ayodya Resort Bali. So korang enjoy lak... Jangan sampai teruja lompat-lompat atas katil pastu terbelah dua, sebab teruja tengok benda ni... Relax-relax sudah yer... Selamat menonton. Kalu ada apa-apa tinggalkan sahaja komen tu... Nanti kami balas dan yang baru buka tu... Jangan lupa FOLLOW BLOG KAMI yer... hehehe. Nanti kita boleh kongsi lagi banyak... terima kasih...



Sunday, May 15, 2011

MIDDLE STAGE FOR FRUIT AND VEGETABLE CARVING

Ok, jika tempoh hari kami sajikan anda semua dengan gaya ukiran asas tetapi hari ini kami bawakan anda slot video yang menunjukkan ukiran pada peringkat pertengahan pula. Selalu org kata asas dan minat yang tinggi mampu menghasilkan mutu kerja yang baik. Jadi kami biarkan anda semua selami dan lihat sendiri bagaimana menghasilkan ukiran yang mudah, kreatif dan cantik. Maka kalau anda semua rajin boleh lah cuba-cuba gatal tangan membuat ukiran yang cantik ini. Bukan sahaja boleh digunakan sebagai hiasan diatas pinggan malah boleh digunakan sebagai hantaran perkahwinan. apa tunggu lagi, jom kita saksikan video-video pembelajaran yang terbaik untuk anda semua.


Ok. Kita lihat video yang pertama ini. Cara membuat bunga kecil yang comel menggunakan carrot. Mungkin sebagai cadangan apa kata anda semua masukkan carrot yang berbentuk sebegini kedalam bubur ataupun sup untuk menarik minat anak-anak kecil anda makan masakan anda kerana mungkin kanak-kanak ini sukar untuk makan sayur, jadi dengan menghasilkan sayur carrot seperti ini dapat menambat hati anak-anak anda semua untuk makan sayur selepas ini.



Ok, yang ini pulak ukiran carrot menjadi seperti rama-rama yang cantik, mesti kanak-kanak teruja dan yang pasti anda pun mesti teruja.


Yang ini pula adalah riben cantik yang dibuat menggunakan carrot... Saksikanlah...sgt kretif. Tidak begitu mudah dan tidak begitu susah anda semua pasti dapat melakukannya. Selamat berjaya semua.



Thursday, May 5, 2011

BASIC FRUIT AND VEGETABLE CARVING

Ok hari ni kami nak tunjukkan 2 video yang menengahkan cara ukiran yang menarik dan simple. Ukiran yang ditunjukkan ini sesuai untuk hiasan makanan anda semua. Kali ini kami tunjukkan hasil ukiran yang mudah terlebih dahulu dan selepas ini kami akan tunjukkan pula video ukiran peringkat pertengahan dan last sekali yang sukar. Jadi mari sama- sama kita tonton dan diharap anda semua mendapat sedikit sebanyak ilmu disini.

Ok... kalu kita lihat disini dia menggunakan buah oren dan juga buah lemon. So simple but nice. Boleh juga kalau kita gunakan tomato untuk menghasilkan rose yang cantik seperti ini.



Yang ni pun buat rose jugak but dengan teknik lain la. Sangat senang tapi nampak lawa. Dia cuma selitkan di celah daun Pasley. Sangat creative. Jika anda ada masa just ringankan tangan dan cuba buat seperti ini. Harap semua enjoy. Suka kami berkongsi dengan anda semua.