KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

LET BE OUR FOLLOWER AND WE CAN SHARE MANY RECIPE

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Sunday, May 15, 2011

MIDDLE STAGE FOR FRUIT AND VEGETABLE CARVING

Ok, jika tempoh hari kami sajikan anda semua dengan gaya ukiran asas tetapi hari ini kami bawakan anda slot video yang menunjukkan ukiran pada peringkat pertengahan pula. Selalu org kata asas dan minat yang tinggi mampu menghasilkan mutu kerja yang baik. Jadi kami biarkan anda semua selami dan lihat sendiri bagaimana menghasilkan ukiran yang mudah, kreatif dan cantik. Maka kalau anda semua rajin boleh lah cuba-cuba gatal tangan membuat ukiran yang cantik ini. Bukan sahaja boleh digunakan sebagai hiasan diatas pinggan malah boleh digunakan sebagai hantaran perkahwinan. apa tunggu lagi, jom kita saksikan video-video pembelajaran yang terbaik untuk anda semua.


Ok. Kita lihat video yang pertama ini. Cara membuat bunga kecil yang comel menggunakan carrot. Mungkin sebagai cadangan apa kata anda semua masukkan carrot yang berbentuk sebegini kedalam bubur ataupun sup untuk menarik minat anak-anak kecil anda makan masakan anda kerana mungkin kanak-kanak ini sukar untuk makan sayur, jadi dengan menghasilkan sayur carrot seperti ini dapat menambat hati anak-anak anda semua untuk makan sayur selepas ini.



Ok, yang ini pulak ukiran carrot menjadi seperti rama-rama yang cantik, mesti kanak-kanak teruja dan yang pasti anda pun mesti teruja.


Yang ini pula adalah riben cantik yang dibuat menggunakan carrot... Saksikanlah...sgt kretif. Tidak begitu mudah dan tidak begitu susah anda semua pasti dapat melakukannya. Selamat berjaya semua.



Tuesday, May 10, 2011

SOFT BUTTER CAKE TOPPING WITH DARK CHOCOLATE


SOFT BUTTER CAKE TOPPING WITH DARK CHOCOLATE

BAHAN-BAHAN

400 gram butter
500 gram gula caster
9 biji telur
5 sudu yogurt asli
1 sudu teh essen vanilla
4 gram baking powder
500 gram tepung gandum
Sedikit pewarna kuning
1 bar chocolate masak

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Pukul butter dan gula caster sehingga kembang
  2. Kemudian masukkan telur, essen vanilla serta yogurt asli dan pukul hingga rata.
  3. Seterusnya masukkan tepung dan juga baking powder. gaul sehingga sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan sedikit pewarna kuning.
  5. Masukkan kedalam loyang dan bakar selama 25- 30 minit pada kadar 175 darjah Celsius.
  6. Sambil menunggu kek siap dibakar, cairkan chocolate bar dengan kaedah double boiling.
  7. Setelah kek siap, bahagikan kek kepada 2 lapis dan salutkan kek dengan chocolate.
  8. Sejukkan sebentar didalam peti ais untuk keraskan strukture chocolate dan dah boleh dimakan.
TIP DAPUR BUJANG
  • Kita cairkan chocolate dengan kaedah double boiling sebab nak mengelakkan chocolate itu berketul dan kurang cantik apabila nak topping chocolate di bahagian atas kek. 
  • Kek ini sesuai dibuat untuk minum petang bersama keluarga.
  • Rasanya seakan-akan kek lapis ApoLlo yang berperisa chocolate.
  • Kek ini juga boleh diolah dengan menambah perisa lain seperti pandan mengikut kesesuaian.



Sunday, May 8, 2011

KEK NENAS KUKUS


KEK NENAS KUKUS

BAHAN-BAHAN

200 gram gula caster
250 gram mentega
250 gram tepung naik sendiri
5 biji telur
1 sudu esen vanilla
1 tin nenas bulat
4 sudu sirap nenas
ceri merah (hiasan)

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Sediakan loyang dan sapukan mentega di dasarnya, kemudian susun nenas di dalam bersama ceri merah. (anda boleh susun mengikut kretiviti anda).
  2. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang dan sebati
  3. Kemudian masukkan telur satu demi satu.
  4. Seterusnya masukkan esen vanilla dan sirap nenas ke dalam adunan , pukul sehingga sebati.
  5. Akhir sekali, tuang adunan kek kedalam loyang tadi. Sediakan periuk pengukus. Kukus selama 1 jam. jangan lupa untuk menambah air di dalam periuk kukus jika berkurang.
TIP DAPUR BUJANG
  • Kaedah mengukus adalah berbeza dengan kaedah membakar kerana ia dapat menghasilkan kek yang lebih lembut dan enak. (nenek-nenek yang takder gigi pun boleh makan)
  • Jika anda mahukan rasa yang lebih sedap dan istimewa, anda boleh gantikan sirap nenas dengan jus nenas yang agak pekat dan masam-masam manis.

Friday, May 6, 2011

TOP 10 CHEF YANG MENDAPAT BAYARAN TERMAHAL DI AMERIKA

Hari ini kami akan tunjukkan senarai chef yang hebat-hebat daripada Amerika yang mendapat bayaran paling mahal disana. Dalam senarai ini menunjukkan bahawa wanita menduduki tempat pertama namun jangan sesekali memandang ringan kuasa lelaki kerana 8 dari sepuluh kelompok elit ini dikuasai oleh golongan lelaki. Wanita pula menampilkan dua wakil mereka. Bidang seni kulinari ini bukan calang-calang bidang dan ingin ditekankan bahawa mereka yang menceburkan diri dalam bidang ini merupakan golongan yang elit bersama lidah, tangan, skil, gaya dan ilmu pengetahuan yang boleh dilebur menjadi emas. Tanpa membuang masa saya pamerkan semua "Top 10 Chef yang Mendapat bayaran Termahal Di Amerika":
1. Rachael Ray ($18 million)


Rachael Ray, who is a celebrity cook, television personality and best selling author, pockets about $18 million per year ($1.5 million per month).
She has his very own talk program, Rachael Ray, and is the host a number of popular food series – 30 Minutes Meal, $40 a Day, Inside Dish and Rachael Ray’s Tasty Travels.
2. Wolfgang Puck ($16 million)


Wolfgang was born in Austria, whose mother was left abandoned while he was yet to be born. His family migrated to France, before Puck eventually decided to move to the America at the age of 24. Making use of the skills learnt from his mother, he launched his first book, Modern French Cooking for the American Kitchen which quickly became popular.
The success drove Puck to take a greater challenge – opening his own restaurant in Los Angeles. It was a move that changed his life forever.
3. Gordon Ramsay ($7.5 million)


Laser-mouthed Gordon Ramsay first made name in his native country, United Kingdom, especially after starring in two hit cooking series, Hell’s Kitchen and The F-Word. Interestingly enough, Ramsay embarked on a career as a footballer with aim to become a professional player before a series of injury forced an early retirement.
But that proved to be a blessing in disguise, as his next venture, culinary and cooking, started to generate interest and passion. He opened his first restaurant in Chelsea, London which was awarded the prestigious Michelin star.
4. Nobuyuki Matsuhisa ($5 million)


Nobuyuki Matsuhisa is famous for his fusion cuisine that blends the oriental elements with American-based ingredients. Matsuhisa runs and operate the famous Nobu New York restaurant, which receives regular visits from popular celebrities. The restaurant, who is owned by himself, together with a partner, Robert De Niro has now expanded with branches in London, Melbourne, Hong Kong and Tokyo.
5. Alain Ducasse ($5 million)


Alain Ducasse is arguably the most famous French chef. Ducasse runs more than 20 restaurants across many expensive cities including Monaco, Las Vegas, London, Paris and New York. One of his restaurants in New York was recently closed but it spurred the opening of more outlets. He is also the first chef to have received three Michelin stars in three different cities – Monte Carlo, Paris and New York.
6. Paula Deen ($4.5 million)


Paula Deen is a cook, restaurant owner and TV presenter who has won an Emmy Award for her TV show. She owns only one, but very successful restaurant, The Lady & Sons, which is managed together with her sons. In her youth, Deen was struggling to combat agoraphobia – a disorder generated by her fear for strange and unfamiliar places. Eventually, she not only conquer her fear, but also triumphed in her life with a sterling career.
7. Mario Batali ($3 million)


Mario Batali is one of the very few professional chefs who does not have formal education in cooking. He majored in theatre and economics in college, which he flunked in. Having no related experience confined him to a job as a dishwasher but he never gave up. Soon, he was promoted as a pizza man, and before he knew it, he was one of the highest paid young chefs in his company.
8. Tom Colicchio ($2 million)


The half-Italian half-American Tom Colicchio ran Gramercy Tavern restaurant, which was voted as The Most Popular Restaurant in New York, twice in 2003 and 2005. Just like Batali, Colicchio also did not have formal education in culinary and learnt things mostly from books. He is also a respected figure in cooking judging, and is a familiar face for the popular Top Chef competition show.
9. Bobby Flay ($1.5 million)


Bobby Flay is not only popular with his cooking, but his good look makes him every woman’s dream. Flay owns Mesa Grill chain of restaurants which has outlets from Las Vegas all the way to Bahamas. He has also been invited to host numerous cooking and highly rated talk shows. Flay received his education up until he was 17 years old before he was expelled and took a plunge in the foodbusiness by taking up his first job as a salad maker.
10. Anthony Bourdain ($1.5 million)


With more than 25 years of experience, Anthony Bourdain is a no stranger to food business and is famous for his travel show, No Reservations. His book, Kitchen Confidential – Adventures in the Culinary Underbelly, which was released in 2000, was an overnight sensation and was fast induced into the best selling list. The Kitchen Confidential not only talks about food but reveals many of the secrets and the dark side of the culinary world, which was based on Bourdain’s real experience.


Harap info ini dapat dikongsi bersama kita semua. Bidang seni kulinari ini mampu menjadi kerjaya yang lumayan dan bagus untuk dipelajari. Ingat bukan untuk diri sendiri tetapi untuk membantu orang diluar sana. 

Thursday, May 5, 2011

BASIC FRUIT AND VEGETABLE CARVING

Ok hari ni kami nak tunjukkan 2 video yang menengahkan cara ukiran yang menarik dan simple. Ukiran yang ditunjukkan ini sesuai untuk hiasan makanan anda semua. Kali ini kami tunjukkan hasil ukiran yang mudah terlebih dahulu dan selepas ini kami akan tunjukkan pula video ukiran peringkat pertengahan dan last sekali yang sukar. Jadi mari sama- sama kita tonton dan diharap anda semua mendapat sedikit sebanyak ilmu disini.

Ok... kalu kita lihat disini dia menggunakan buah oren dan juga buah lemon. So simple but nice. Boleh juga kalau kita gunakan tomato untuk menghasilkan rose yang cantik seperti ini.



Yang ni pun buat rose jugak but dengan teknik lain la. Sangat senang tapi nampak lawa. Dia cuma selitkan di celah daun Pasley. Sangat creative. Jika anda ada masa just ringankan tangan dan cuba buat seperti ini. Harap semua enjoy. Suka kami berkongsi dengan anda semua. 



Tuesday, May 3, 2011

STUFFED CHICKEN PARMESAN WITH "SPINACH" FILLING


STUFFED CHICKEN PARMESAN WITH "SPINACH" FILLING

BAHAN-BAHAN

1 bahagian dada ayam
5 helai daun bayam
1/2 batang lobak merah (dihiris halus dan memanjang)
5 sudu tomato paste
1 sudu Parmesan cheese
2 sudu mozzarella cheese
200 gram tepung gandum
2 biji telur
100 gram serbuk roti " breadcrumbs" 
sedikit mayonnaise 
sedikit mustard

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Pertamanya, belah dada ayam (bahagian tengah dibelah dan tidak terputus ) agar menjadi lebar dan ketuk dada ayam ini hingga menjadi leper.
  2. Kemudian, celurkan sayur bayam dengan air panas sehingga 3 minit dan toskan.
  3. Seterusnya, campurkan Parmesan cheese, mustad dan mayonnaise bersama dengan sayur bayam yang telah dicelur tadi (gaulkan sehingga rata).
  4. Letakkan sayur bayam yang telah digaul rata tadi diatas bahagian dada ayam yang telah diketuk menjadi lebar dalam keadaan rata.
  5. Letakkan juga lobak merah yang telah dihiris halus memanjang diatas dada ayam tadi.
  6. Kemudian gulung dada ayam perlahan-lahan dengan kemas supaya menjadi gulungan yang cantik.
  7. Seterusnya, salutkan gulungan ayam ini dengan tepung, kemudian telur dan akhir sekali dengan serbuk roti "breadcrumbs".
  8. Bakar selama 12-15 minit pada kadar 170 darjah Celsius. 
  9. Setelah nampak garing, tuangkan tomato paste dan taburkan mozzarella cheese diatasnya. bakar semula sehingga cheese cair.
  10. Akhir sekali, anda bolehlah potong menyerong ataupun dihiris tebal-tebal, susun di atas pinggan dan hiaskan.  

TIP DAPUR BUJANG
  • Sesuai dimakan dengan butter sause, BBQ sause dan mushroom sause.
  • Hidangan ini amat sihat, berkhasiat dan cepat. Sayur bayam boleh ditukar dengan sayur lain mengikut cita rasa anda.
  • Kaedah "bake" atau bakar lebih sihat berbanding digoreng. Ayam yang dibakar mempunyai kalori yang lebih rendah berbanding menggoreng menggunakan minyak.

Monday, May 2, 2011

Happy Bufday Sultan Kedah, Langkawi 2011

Hari ni Aboy nak kongsikan beberapa keping gambar semasa hari ulang tahun kelahiran Sultan Kedah yang diadakan langkawi. Pada masa ini Nick tak ada. Dia masih menjalani practical di Lumut, Perak. Setiap hotel di Langkawi akan memberikan sumbangan ikhlas berbentuk kek hari jadi untuk Sultan kesayangan rakyat Kedah ini. Peristiwa ini sangat bermakna dan saya ingin kongsikan dengan korang semua.

1.1 dua lagi wanita dalam gambar ni merupakan kawan saya semasa practikal di Frangipani, Resort and Spa Langkawi. mereka merupakan pelajar daripada UiTM Dungun Terengganu dan lelaki yang tinggi lampai ni pulak adalah Chef Azizan yang mengetuai hotel kami semasa majlis ini berlangsung.

1.2 Ini pulak masa semua chef dari hotel yang terlibat berbaris sambil menunggu Sultan Kedah masuk. Mereka semua nak persembahkan kek masing-masing.

1.3 Sultan Kedah sedang melihat kek yang dipersembahkan dari hotel kami. Baginda mengucapkan ribuan terima kasih dan rasa amat terharu dengan sumbangan ikhlas ini. Chef Azizan pun nampak malu-malu time ni. Yerlah jumpa Sultan Kedah tu.

1.4 Ini adalah kek yang kami hadiahkan kepada Sultan Kedah. Kata orang "simple but nice" lah. Siap ada be
bendera lagi tau.






1.5 Yang lain-lain ni kek dari pada hotel yang terlibat dan sempat Aboy amik gambar sikit. Kretif sungguh chef-chef mereka ni. kalu kita tengok pelbagai bentuk dan inovasi kek kita dapat lihat. Manusia ni mempunyai otak yang sangat kretif dan kadang-kadang ada juga yang tak tercapai dek akal yang logik ni.

Jadi Aboy harap gambar-gambar ni dapat mencuci mata korang semua untuk hari ini