KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

LET BE OUR FOLLOWER AND WE CAN SHARE MANY RECIPE

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Wednesday, June 29, 2011

PETUA LEMBUTKAN DAGING KAMBING


Meskipun terdapat kaedah moden yang digunakan dalam penyediaan masakan tetapi petua tradisional masih digunakan. Jadi kali ini kami ingin kongsikan dengan anda bagaimana petua orang-orang kita gunakan dalam menyediakan sajian kambing ini.  Oklah... antara petua yang kami dapat kongsikan dengan anda ialah:



  • Rebus daging kambing dengan lobak merah
  • Rebus daging kambing dengan batang tebu. Caranya mudah iaitu rebus 1 kg daging kambing bersama 200gram tebu.
  • Didihkan 1 liter air, bila sudah mendidih masukkan 1 kg kambing dan 50 ml cuka.
  • Sebelum masak daging kambing siram dengan air limau nipis. Jika tidak ada limau nipis boleh perapkan atau lumurkan dengan daun limau atau daun jambu.
  • Ambil 2 potong arang, cuci sampai bersih dari kotoran. Rebuslah arang bersama daging kambing
  • Bungkus daging kambing dengan daun betik dan buah nanas, ia boleh mengempukkan daging.
Sejauh mana kebenaran petua-petua ini. Anda mahukan kepastian? Cubalah anda lakukan moga-moga anda mendapat kepastian dan sekiranya anda dah dapat jawapan dan kebenarannya, jangan lupa beritahu kami dan kongsikan bersama kami di dapur bujang. Selamat mencuba. Sedikit infomasi bersama kami. JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOG KAMI. Pastinya anda tidak akan menyesal.


SUMBER RUJUKAN: MAJALAH SAJI RESEPI BULANAN BERINFOMASI, JULAI 2011

No comments: