KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Wednesday, June 15, 2011

LEEK AND POTATO SOUP


LEEK AND POTATO SOUP

BAHAN-BAHAN

2 biji kentang (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dicincang halus)
1 batang leek (dihiris)
1 batang celery (daun bawang) dihiris tebal
100 gram butter
2 sudu olive oil
2 helai bay leave ( daun bay) 
1 liter air
1 tangkai daun parsley (dicincang halus)
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
Sedikit oregano (herba)

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Panaskan butter terlebih dahulu kemudian tumis bawang dan juga celery sehingga berwarna coklat keemasan kemudian masukkan air.
  2. Seterusnya, letakkan bay leaf, leek dan juga kentang. Reneh dengan api yang perlahan selama 15 minit.
  3. Masukkan olive oil, daun parsley dan sedikit oregano. Kacau rata selama 3 minit.
  4. Masukkan garam dan juga lada sulah. sambil menunggu sup direneh buang buih-buih yang terapung di permukaan atas sup, supaya sup nampak lebih jernih dan cantik. Apabila naik bau dan aroma sup tutup api dan hidangkan bersama roti ( sebagai cadangan).
INFO DAPUR BUJANG
  • Sup leek dan potato ini sebenarnya berasal daripada "Perancis".
  • Namanya ialah "Potage de poireaux et pommes de terre".
  • Sup ini sangat mudah disediakan dan boleh disimpan didalam peti ais dan dipanaskan semua.
  • Sesuai di makan pada waktu sejuk.
  • Herba yang digunakan didalam resepi ini iaitu oregano boleh diubah dengan herba seperti coriander, basel ataupun tarragon mengikut kemahuan anda.
  • selamat mencuba.




No comments: