KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

LET BE OUR FOLLOWER AND WE CAN SHARE MANY RECIPE

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Monday, June 27, 2011

SOSEJ BARBECUE BAKAR


SOSEJ BARBECUE BAKAR

BAHAN-BAHAN

1 paket smoked sosej
1 biji bawang besar (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 botol sos barbecue
3 sudu jem perisa oren
100 ml air panas
sedikit Mozarella cheese
sedikit lada sulah
sedikit Oregano

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Pertamanya, potong sosej 10 cm panjang setiap satu.
  2. Kemudian susun didalam tray dan taburkan bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang keatasnya.
  3. Seterusnya, campurkan air panas, sos barbecue dan juga jem perisa oren. kacau rata dan tuangkan kedalam tray.
  4. Taburkan lada sulah diatas sosej diikuti dengan mozzarella cheese dan akhir sekali taburkan oregano diatasnya.
  5. Bakar untuk 10 minit pada suhu 180 darjah Celsius.

TIP DAPUR BUJANG
  • Sesuai dijadikan santapan minum petang bersama keluarga ataupun dibawa untuk berkelah.
  • Ia juga sesuai dijadikan sebagai appetizer ataupun pembuka selera untuk satu acara fine dining yang indah.
  • Selamat mencuba.

No comments: