KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

LET BE OUR FOLLOWER AND WE CAN SHARE MANY RECIPE

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Wednesday, February 29, 2012

VIDEO PERTAMA KAMI: CUTI-CUTI LANGKAWI 2012...

Hai korang semua... maaflah, kami dah lama tak update blog ni.. Bukan aper sibuk nak siapkan report for our final exam.. So far alhamdulilah kami dah siapkan sebaiknyer.... Thanks kerana support kami. Just nak kongsi satu cite kat sini... (gosip ni)... hahaha. Just nak bagi tahu yang kami ni dah dapat tawaran berkerja... DI MANA TU? hum yang tu kami kena rahsiakan dulu... nak buat suprise kat korang semua. Alhamdulilah kami dapat tempat yang sama tuk berkerja... sebagai klu ( TEMPATNYER MERUPAKAN SATU TEMPAT PELANCONGAN TERKENAL DI DALAM NEGARA INI) hehe...
 Kebetulan pula hari ini kami nak tunjukkan satu video iaitu video pertama kami mengacara...
Tapi korang jangan gelak tau...
Ni just saja2 jer...
Buat secara spontan...
Pastu tangan ni gatal nak edit...
Pikir2 balik rasa seronok nak share dgn peminat (hahaha.... ada ker peminat?)

Kami buat ni khas tuk korang tau semasa kami bercuti di Langkawi... ha??? apa??? Resepi baru??? ok2 nanti Kami update kan yer... 
Hope korang enjoy tau... 
Kami mohon jugak korang semua doakan final exam kami tahun ni... moga2 dapat anugerah dekan lagi uk tahun ni... salam sayang semua... MUAH!!!

video

* Harap anda semua dapat doakan kejayaan untuk kami di dunia mahupun di akhirat... terima kasih!!!
kami sertakan jugak gambar menarik semasa di langkawi yer...


Masa ni jumpa kawan2 yang training and tinggal kat Langkawi. Kami minum2 di Jeti Pulau Rebak 


Tengah tunggu air tak sampai- sampai... kami santai- santai  kat The Cliff Restaurant ...


Hum... sibuk mengalahkan bisnes man jer... hahaha


Tanah tu tak rata sbb tu aboy nampak pendek... ahhaha


"Langkawi Permata Kedah"


Masa kat underwater world...


Masa ni ada satu Itik tu marah kat aboy... takut jer... (buat- buat senyum)


Penguin!!! 


Macam kat Kutub kan... hahaha... Comel Penguin!!!


Sedih...!!! ( mengenang kampung halaman ku...)


Hero Malaya mana pulak ni... Cepat- cepat sapa nak? haha

* Jumpa lagi yer semua...
* Thanks semua...

Thursday, February 9, 2012

CHEF ITALI CIPTA SOSEJ TERPANJANG DI DUNIA


Sepuluh chef di Itali berjaya mencipta sosej yang terpanjang di dunia. Sosej sepanjang 597.8 meter itu berjaya mengalahkan sosej terpanjang yang direkodkan dalam Guinness Book of Records yang panjangnya di mana panjangnya hanyalah 392 meter.
Sosej tersebut memerlukan masa selama tiga jam dan daging seberat 589 kilogram untuk menyiapkannya. Ketua projek tersebut, Alberto Della Pelle, mengakui terlalu mudah untuk merealisasikan mimpinya. “Kami amat bangga kerana telah mencipta rekod dunia baru dengan makanan lazat seperti itu,” kata Pelle.
Setelah ukuran rasmi dilakukan oleh pihak Guinness Book of Records, sosej tersebut dipotong menjadi 7000 bahagian dan dijadikan sandwich yang dijual kepada penduduk sekitar. Seluruh hasil jualan daripada sandwich tersebut akan disumbangkan kepada badan kebajikan.
Itali yang sememangnya menjadi syurganya para pecinta makanan. Pada 2004, beberapa tukang masak di bandar Mottola berjaya mencipta sandwich terpanjang di dunia yang panjangnya mencapai 634.5 meter. Tukang masak dari Mottola kembali menghasilkan ciptaan baru dengan mencipta roti lempeng terlebar atau yang lebih dikenali dengan focaccia pizza yang lebarnya mencapai 297 meter persegi.
RUJUKKAN : ADUHAI MEDIA. COM

ASPARAGUS GORENG BELACAN


ASPARAGUS GORENG BELACAN

BAHAN-BAHAN

3 biji bawang merah (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
10 batang asparagus
3 sudu besar sambal belacan
1/2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan sambal belacan dan juga sos tiram.
  3. Seterusnya masukkan asparagus serta garam dan lada sulah sebagai seasoning.

INFO DAPUR BUJANG
  • Asparagus adalah tumbuhan saka berbatang kecil yang berasal dari daerah timur Mediterranean, tetapi juga tumbuhan asli di kebanyakan negara Eropah, utara Afrika dan barat Asia. Ia juga diklasifikasikan sebagai sayur-sayuran kerana pucuknya boleh dimakan. Ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A dan C dan niasin.

  • Ditemui oleh orang Greek tumbuh sepanjang pantai di timur Mediterranian, asparagus telah ditanam oleh orang Rom pada 200 SM. Walaupun begitu, terdapat lukisan makam Mesir kuno mengenai asparagus dari 4000 SM, dan menjadi petunjuk yang ia telah digunakan untuk penyakit kencing dan en:deworming. Semasa zaman Pembaharuan asparagus digunakan sebagai afrodisiak dan telah diharamkan dari dapur biara untuk rahib perempuan. Dalam bukunya Herba Lengkap (1653) Nicholas Culpeper menasihati ia 'meningkatkan nafsu badan dalam lelaki atau wanita, apapun telah ditulis dengan sebaliknya'. Dalam manual cinta Arab Taman Wangian oleh Sheikh Nefzaoui (diterjemahkan pada 1880), ia telah ditulis bahawa dia yang memakan hidangan ini setiap hari akan mendapati ia peransang untuk kemahuan berahinya. Kemudiannya, Theodoor Henrick van de Velde (1873-1937), ahli perubatan Belanda, ahli ginekologi dan seksologi, juga mengangkat asparagus sebagai satu afrodisiak.