KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

LET BE OUR FOLLOWER AND WE CAN SHARE MANY RECIPE

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Thursday, February 9, 2012

CHEF ITALI CIPTA SOSEJ TERPANJANG DI DUNIA


Sepuluh chef di Itali berjaya mencipta sosej yang terpanjang di dunia. Sosej sepanjang 597.8 meter itu berjaya mengalahkan sosej terpanjang yang direkodkan dalam Guinness Book of Records yang panjangnya di mana panjangnya hanyalah 392 meter.
Sosej tersebut memerlukan masa selama tiga jam dan daging seberat 589 kilogram untuk menyiapkannya. Ketua projek tersebut, Alberto Della Pelle, mengakui terlalu mudah untuk merealisasikan mimpinya. “Kami amat bangga kerana telah mencipta rekod dunia baru dengan makanan lazat seperti itu,” kata Pelle.
Setelah ukuran rasmi dilakukan oleh pihak Guinness Book of Records, sosej tersebut dipotong menjadi 7000 bahagian dan dijadikan sandwich yang dijual kepada penduduk sekitar. Seluruh hasil jualan daripada sandwich tersebut akan disumbangkan kepada badan kebajikan.
Itali yang sememangnya menjadi syurganya para pecinta makanan. Pada 2004, beberapa tukang masak di bandar Mottola berjaya mencipta sandwich terpanjang di dunia yang panjangnya mencapai 634.5 meter. Tukang masak dari Mottola kembali menghasilkan ciptaan baru dengan mencipta roti lempeng terlebar atau yang lebih dikenali dengan focaccia pizza yang lebarnya mencapai 297 meter persegi.
RUJUKKAN : ADUHAI MEDIA. COM

No comments: