KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

LET BE OUR FOLLOWER AND WE CAN SHARE MANY RECIPE

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Friday, August 27, 2010

TAUHU JEPUN BERKUAH DAGING


TAUHU JEPUN BERKUAH DAGING

BAHAN - BAHAN

1 Pek Tauhu Jepun 300g (berbentuk segi empat tepat)
2 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
100g daging lembu (dihiris nipis)
2 sudu besar udang kering (dikisar kering)
3 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar tepung jagung
100 ml air
sebiji tomato (dibelah 6)
setangkai cili hidup (hijau)
garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAK
  1. Kukus Tauhu Jepun menggunakan pengukus dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali beserta minyak dan goreng daging lembu sehingga masak.
  3. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
  4. Seterusnya masukkan udang kering dan cili hidup yang dihiris nipis.
  5. Masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati.
  6. Sementara itu campurkan tepung jagung bersama air dan masukkan ke dalam kuali. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
  7. Akhir sekali masukkan tomato serta garam dan gula secukup rasa.
  8. Apabila kuah sudah pekat dan mendidih, curahkan keatas Tauhu Jepun yang sudah dikukus sebentar tadi.


TIP HIDANGAN DAPUR BUJANG



  • Hiriskan daun sup dan daun bawang seterusnya hiaskan diatas hidangan tadi. Taburkan juga sedikit bawang goreng untuk menaikan aura seri hidangan.
  • Tauhu Jepun mempunyai struktur yang lembut jadi ia kurang sesuai untuk direbus didalam periuk kerana ia akan menjejaskan bentuk dan menampakkan rekahan pada struktur Tauhu Jepun. Cadangan menggunakan kaedah kukus adalah untuk menjaga bentuk asal Tauhu Jepun daripada pecah semata-mata. Cara lain yang sesuai ialah, potong Tauhu Jepun kepada kepingan kecil dan gorengkan terlebih dahulu sebelum dicurahkan kuah daging diatasnya.

Tuesday, August 24, 2010

BUTTER PRAWN


BUTTER PRAWN

BAHAN- BAHAN

Udang kertas ( besar )  - 10 ekor ( dibuang kulit )
Telur ( dipukul )            - 1 biji
Daun kari                     - 3 tangkai
Garam dan Gula           - Secukup rasa
Lada Sulah                   - Tambahan
Butter                           - 3 sudu besar ( mingikut kesesuaian )
Serbuk kari                  - 1 sudu besar

CARA MEMASAK  
  1. Bersihkan udang dan dibuang kulitnya.
  2. Panaskan butter sehingga cair. Sementara menunggu butter panas, gaulkan udang, lada sulah, telur yang telah di pukul, serbuk kari dan sedikit garam serta gula.
  3. Apabila butter sudah panas, masukan udang ke dalam kuali, pastikan api adalah sederhana dan dikacau selalu.
  4. Masak sehingga udang kemerah-merahan dan telur menjadi helaian,campurkan daun kari ketika menggoreng untuk mendapat aroma yang wangi.
  5. Toskan udang apabila sudah masak.

TIP HIDANGAN DAPUR BUJANG

Anda dinasihatkan supaya tidak goreng udang terlalu lama. Hal ini untuk mengelakkan udang menjadi kecut. Untuk rasa yang lebih enak anda boleh sajikan butter prawn ini bersama Sos Thai (mengikut cita rasa masing-masing).





Monday, August 23, 2010

SIEW PAK CHOY MASAK SOS TIRAM


SIEW PAK CHOY MASAK SOS TIRAM

BAHAN-BAHAN

1 Bungkus 500 gram sayur siew pak choy
4 ulas bawang putih (dimayang)
2 biji bawang besar (dimayang)
3 sudu besar sos tiram 
100 gram udang kering
air panas
satu sudu besar tepung jagung
garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK
  1. Celurkan sayur siew pak choy kedalam air panas yang ditambah sedikit garam dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah berserta dengan udang kering sehingga naik bau.
  3. Kemudian,masukkan sos tiram yang dibancuh dengan sedikit air panas.
  4. Seterusnya, bancuh tepung jagung bersama air panas dan masukkan.
  5. Tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  6. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.


TIP HIDANGAN DAPUR BUJANG

Susun sayur siew pak choy diatas pinggan dan curahkan kuah sos tiram bersama sedikit hiasan bawang goreng keatasnya.





Friday, August 20, 2010

Selamat Datang ke Dapur Bujang

Disini saya Chef Aboy dengan Chef Nick akan memberikan resepi yang terbaik dari kami. Harapnya agar Tuan Puan dapat menyediakan makanan yang lazat dan terbaik dengan menggunakan resepi kami ini. Kami akan menyediakan resepi yang mudah dan ringkas untuk anda semua. Blog ini adalah medan terbaik untuk kami berkomunikasi dengan semua peminat kami. Harapnya info- info baru dari kami dapat dikongsi bersama anda. 
Jadikanlah blog ini sebagai medan ilmu yang menghubungkan kita semua secara dekat. kami akan berikan segalanya disini...
selamat mencuba...