KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Tuesday, July 19, 2011

REMPAH RATUS TERULUNG

Hari ni kita mula pulak cakap pasal rempah. Rempah ratus ni secara tak langsung kita gunakan dalam masakan kita berhari-hari lebih-lebih lagi dalam masakan melayu. Lagi satu yang menarik Tanah Melayu juga pernah terkenal sebagai laluan rempah yang terkenal pada zaman dahulu. Banyak lagi rempah yang kita boleh cari. Kami di Dapur Bujang akan cuba membantu anda dalam mengenal pasti lebih banyak mengenai rempah ratus ini dari semasa ke semasa.


KAYU MANIS

Merupakan salah satu rempah yang paling lama digunakan dan popular di barat. Sering digunakan didalam masakan dan minuman. Aromanya cukup istimewa jika ditambah didalam masakan. Namun ada yang berpendapat bahawa kayu manis ini berasal daripada indonesia dan menjadi tanaman asli disana. Namun pada ketika itu masyarakat disana tidak tahu akan keistimewaan kayu manis ini. Setelah pedagang arab memulakan perdagangan rempah dengan menjual kayu manis ini di India Selatan dan juga di Sri Langka barulah masyarakat Indonesia tahu akan kegunaannya. Nama saintifik ialah Cinnamonus zeylanicum


KETUMBAR

 Daunnya digunakan sebagai herba manakala benihnya dijadikan rempah. Kebanyakkanya digunakan dalam masakan kari dan juga digunakan untuk melakukan proses pemerapan. Popular dalam kebanyakkan masakan masyarakat Asia. Terdapat juga kegunaan lain bagi ketumbar ini termasuklah menghaluskan kulit, menyembuhkan kembung perut dan menghilangan bau mulut.


BUNGA LAWANG

Berfungsi membuat masakan mempunyai aroma yang segar dan wangi. mempunyai nama lain Illicium Verum. Terkenal dalam masakan China, Thailand, Vietnam , Malaysia dan negara Asia yang lain. Ia juga digunakan dalam perbuatan kek dan roti serta dijadikan minuman.

JINTAN MANIS

Merupakan rempah beraroma yang mempunyai rasa manis serata rasa berangin dan sedikit tengik. Ia berwarna koko ataupun hijau muda dan bertukar menjadi kelabu apabila sudah matang. Didalam masakan melayu ia digunakan bersama jintan putih dan dikatakan menjadi ramuan terbaik dalam masakan ikan. Ia juga digunakan didalam pembuatan roti, kek dan gula-gula sebagai penambah rasa.


JINTAN PUTIH

Nama saintifiknya ialah Cuminum cyminum merupakan rempah ratus yang beraroma pahit dan bau yang suam disebabkan kandungan minyak yang banyak. Ia juga merupakan buah kering kecil dari pokok berasal daripada keluarga pasli. Sering digunakan bersama jintan manis dan kebanyakkannya didalam masakan stew kambing dan ayam. Ia juga merupakan salah satu rempah yang disatukan dalam membuat serbuk kari. Berfungsi juga dalam memberikan perasa kepada nasi biasa, kekacang serta pembuatan kek.


BUNGA CENGKIH

Mempunyai rasa yang tajam, kuat dan manis. hampis-hampir pedas dan berangin serta mempunyai rasa kelat dan pahit sehingga meninggalkan kesan kebas di mulut. Digunakan didalam masakan nasi beriyani. Untuk menentukan kualiti bunga cengkih yang baik ialah apabila direndam didalam air bunga cengkih ini akan terapung secara menegak. Ia juga sering digunakan bersama jintan putih dan kayu manis dalam masakan.

SUMBER RUJUKAN:

http://www.penawar.com/v9/?p=356
http://en.wikipedia.org/wiki/Clove
http://www.mccormick.com/content.cfm?id=8218
http://www.theepicentre.com/Spices/cloves.html
http://www.trymasak.my/lihat-glossari.php?GID=TM-bc09f8a590ffc50c5f11b8c5fcfecdb0
http://ninisapunyacerita.blogspot.com/2010_05_01_archive.html
http://www.trymasak.my/view-glossary.php?GID=TM-f9a2805e470fbc172c3c4488a0760fc5

Monday, July 18, 2011

ROTI CREATIVE DAN MENGERIKAN

For the first, benda ni sgt mengerikan nak tau sbb per. Hal ini sbb hari ni kami nak tunjukkan anda satu video pembuatan roti yang membuat bahagian-bahagian badan manusia. Ha... Cik minah jangan termuntah pulak !!! Bile tengok roti pun ada darah-darah. Kilang buat roti ni terletak di Thailand. Sampaikan ada org dalam video ni datang semata- mata nak beli roti bahagian hidung... Ish, kalau Aboy tentu-tentu la takut. Tengok cite hantu pun tutup dengan jari. Kalu Nick dia memang suka benda-benda mcm ni. Oklah tak nak cerita panjang. saksikanlah video ini dan jgn sampai terbayang-bayang masa nak mkn tengah hari nanti. Terus takleh telan nasi. hahaha. Kami sajikan anda selamat menonton.


Gelikan? hehe... 

Saya tengok Cik Minah, Kak Bi dengan Mak Miah semua dah loya tekak. Hahaha, ini cuma untuk hiburan. Mungkin ini penamat kisah roti untuk setakat ini... Hehe macam buat liputan pulak pasal roti minggu ni. Oklah terima kasih kepada semua yang menyokong kami. 
Terima kasih banyak kepada yang telah menyokong dan FOLLOW kami, kami ucapkan terima kasih banyak dan kepada yang membaca blog kami, kami menjemput anda untu menjadi komuniti kami di dapur bujang. bersamalah follow kami agar kita dapat berkongsi lebih banyak lagi. Terima kasih semua.

Sunday, July 17, 2011

LEARN ABOUT BREAD SCULPTURE

Hari ini kita still akan bercerita tentang roti lagi. Semalam ada orang tanya kami macam mana nak buat benda mcm tu? (yang dimaksudkan bread sculpture tu la). Ok, untuk buat decoration yang diperbuat daripada dough roti ini senang jer. Dough ini dipanggil "dead dough". Kenapa kita panggil dia sebagai dead dough? Hal ini disebabkan dough ini langsung tidah menggunakan yeast yang berfungsi untuk mengembangkan roti serta melembutkan roti. korang nak tahu tak resepi untuk buat "dead dough" ni ? Terdapat pelbagai resepi nak buat dead dough ni tapi kami bagi yang mudah dan ringkas untuk anda. Senang jer. 
Harap resepi ni boleh membantu anda :

BAHAN-BAHAN :
  • 500 gram tepung
  • 10 gram garam
  • 50 gram butter
  • 200 garam water
KAEDAH PENYEDIAAN:
  1. Campurkan tepung, garam dan butter kedalam mixer/ pengadun.
  2. Kemudian pukul dan masukkan air sedikit demi sedikit.
  3. Pastikan dough atau adunan lembut dan dan kuat.
  4. Setelah siap, balutkan dough atau adunan tadi dengan plastic wrap.
  5. Rehatkan kedalam peti sejuk selama 1 jam.
  6. Anda juga boleh memberikan pelbagai warna kepada dough anda supaya kelihatan lebih menarik.
Ia tidak berhenti setakat ini sahaja. Selepas korang dah buat bentuk yang diinginkan jangan lupa untuk membakar dough itu dengan suhu 150 darjah Celsius dalam masa 10 minit. Selepas dibakar 10 minit anda biarkan ia sejuk pada suhu bilik dan bakar semula. Ulang langkah sehingga dough tadi keras dan berwarna keperangan. Itu sahaja... Selamat mencuba. Aboy dan Nick ada menyediakan beberapa video daripada bahagian 1 sampailah 6 cara-cara nak buat hiasan atau bread sculpture ni. Sambil-sambil tu korang bolehlah belajar. Selamat mencuba semua.


Bahagian 1: Bagaimana nak buat tapak or base untuk "bread sculpture" ni?


Bahagian 2: Bagaimana nak buat kuntuman bunga?


Bahagian 3: Bagaimana nak buat daun?


Bahagian 4: Bagaimana nak sambungkan base atau tapak bread sculpture ni?


Bahagian 5: Bagaimana nak sambung kuntuman bunga ni?


Bahagian 6: Final touch-up

Semoga apa yang kami kongsikan ini boleh memberikan anda lebih banyak idea selepas ni. kami ingin mengucapkan terima kasih bagi yang telah FOLLOW kami selama ini dan kami juga ingin menjemput anda yang belum FOLLOW kami harapnya anda bolehlah menjadi sebahagian daripada komuniti DAPUR BUJANG. Terima kasih sekali lagi. 

PERSOALAN TENTANG : BROWNIES CAKE

SOALAN PEMINAT


SOALAN :
  1. Berapa lama brownies cake boleh bertahan dan macam maner nak bagi brownies cake ni bertahan lama?

JAWAPAN:

Berapa lama brownies cake boleh bertahan bergantung kepada high of sugar and fat. Jika kandungannya seperti berikut anda boleh simpan didalam bekas bertutup selama 2 minggu dan jika anda mahukan brownies anda bertahan lebih lama simpanlah di dalam freezer. Jika hanya simpan di dalam chiller mungkin cake anda akan tumbuh kulat. Jika simpan di dalam freezer brownies boleh bertahan sehingga 1 bulan.

SUMBER RUJUKKAN: CHEF ANIDA ISMAIL, UiTM PULAU PINANG

Saturday, July 16, 2011

BREAD SCULPTURE

Hari ni still cerita pasal roti jugak. Pernah tahu akan bread sculpture ala macam ukiran rotilah jugak. Disini Aboy and Nick akan tonjolkan beberapa keping gambar menarik berkaitan gubahan roti ni. Hiasan atau rekaan-rekaan berbentuk sebegini dibuat daripada dough roti sebenarnya. Selepas itu dibakar berulang kali. kemudian dicantum menggunakan gam dan akhirnya jadilah structure seperti yang akan ada dalam gambar-gambar yang kejap lagi kami tunjukkan ni. Amboi Cik Minah dah tak sabor nampaknyer... Oklah kawan-kawan. Cucilah mata anda semua... 
Selamat berkongsi idea...


Boleh buat batu bata tau!!!


Argh!!!!!! buaya...... lari...


Sgt cantik arca ni kan...


Boleh bg untuk kekasih kan...


Buat papan tanda umah pun cantik!!!


Katak... cute...


Besarnya buaya ni....tambah lagi, panjangnyer...


Replica bunga...


Dah mcm ukirang kayu dah kan... lawa...


Dah jadi bentuk manusia dah, burung-burung pun suka...


Ni... tak tau nk ckp aper... tapi unik la kan.


Wanita tengah posing maut tu.


Bunga dalam bakul. mesti korang tak terfikir kan!!!


Alat musik, lepas ni piano pulak...


Alahai comel betul, kecil jer . so, pembuatan dia pun kenelah halus...


Tak taulah, berselirat sgt...


Mcm gua jer... tak dpt dipastikan...


Ni pulak mcm barangan antik, boleh jual x2!!!!

hum, dah cuci matakan. teruja tak? tak per lepas ni kami bawakan anda video pulak kalau boleh kita boleh sama-sama kongsi. semoga anda gembira ok. 
JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOG KAMI NI YER. PASTINYA BANYAK LAGI YANG BOLEH DIKONGSIKAN.

SERTAILAH PELBAGAI AKTIVITI BERSAMA CELCOM, MAXIS DAN DIGI

PASTIKAN ANDA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA 3 TELEKOMUNIKASI INI. UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK MAKLUMAT MAHUPUN AKTIVITI TERBARU BOLAEHLAH ANDA LINK PADA SYARIKAT TELEKOMUNIKASI INI. PASTINYA BANYAK AKTIVITI TERBARU DAN MENARIK TERDAPAT DISINI. 

SELAMAT MENCUBA!!! DAN BERHIBUR!!!








RASAILAH KEHEBATAN WILAYAH MALAYSIA DENGAN 3 GERGASI TELEKOMINIKASI INI. JOINLAH AKTIVITI YANG ADA.

Friday, July 15, 2011

SEJARAH TENTANG MAKANAN : ROTI


Ok, ari ni Aboy and Nick nak cita pulak pasal roti. Tau tak korang dari mana asalnya roti ni and sejarah tentang roti ni. Hum, korang tau makan jer kan.. ish2. Sambil mkn korang kenalah tanya diri korang dari mana asalnya roti ni. Ok, apapun kitaorang bg info tuk hari ni. selamat membaca. See you all...


Roti merupakan makanan tersedia paling tua, bertarikh semenjak zaman Neolithik apabila bijiran cereal dan air dicampur menjadi pasta dan dimasak.

Di zaman Mesir silam, penghasilan roti merupakan salah satu bahagian penting dalam penyediaan makanan, bersama dengan penghasilan bir; kedua-duanya mempunyai juga kepentingan keugamaan. Adalah dipercayai bahawa orang-orang Mesir mencipta oven tertutup pertama bagi pembakaran roti. Roti merupakan makanan ruji utama dalam diet bagi kebanyakan sejarah Europah, seawal semenjak 1000 BC sehingga masa kini.


Sepanjang beberapa ratus tahun, jumlah pendapatan rumah Europah yang dibelanjakan bagi membeli roti telah perlahan-lahan berkurangan secara tetap dengan pengurangan kos penghasilan dan penggunaan per kapital. Otto Frederick Rohwedder dianggap sebagai bapa bagi roti potong. Pada tahun 1912 Rohwedder mula memajukan mesin yang mampu memotong roti, tetapi kedai roti keberatan menggunakannya kerana mereka bimbang roti akan masuk angin dan menjadi keras. Hanya pada tahun 1928, apabila Rohwedder mencipta mesin yang memotong dan membungkus roti, barulah roti keeping laris diterima. invented a machine that both sliced and wrapped the bread, that sliced bread caught on. Kedai roti di Chillicothe, Missouri adalah yang pertama menggunakan mesin ini bagi menghasilkan roti keping.


Selama beberapa generasi, roti putih dianggap roti bagi orang kaya sementara orang miskin makan roti gelap. Bagaimanapun konotasi ini berubah pada abad ke-20 dengan roti gelap dianggap mempunyai kandungan zat yang lebih tinggi berbanding roti putih sementara roti putih dikaitkan dengan kejahilan orang miskin mengenai zat permakanan. Baru-baru ini, pembuat roti domestik yang menghasilkan roti secara automatik menjadi popular di rumah.


Roti (khubz) merupakan makanan ruji bagi masyarakat timur tengah yang rata-rata beragama Islam. Dalam ajaran Islam resipi berasaskan roti dibenarkan untuk diperagakan dengan pelbagai masakan, cecahan atau boleh diadunkan dengan pelbagai inti bergantung kepada citarasa masing-masing, namun penyediaan roti dan memakan roti bersama makanan haram atau tidak halal adalah tidak dibolehkan dalam Islam. Sila lihat; Hukum pemakanan Islam. Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak pemakan akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda; "Jangan potong roti dengan pisau. Hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Dah baca ni korang ringan ringankan lah follow blog kami ni. Moga lagi ramai komuniti boleh buat makan besar hehehe. Buat reunion pun best ada ramai ahli kat dapur bujang ni.baru best!!!

SUMBER RUJUKAN: http://ms.wikipedia.org/wiki/Roti


Tuesday, July 12, 2011

WEEDING CAKE PROJECT FROM FONDANT AND PASTILAGE

Pada semester ni Aboy dengn Nick dikehendaki menyiapkan satu project weeding cake yang diperbuat daripada fondant dan pastilage dan ditambah dengan hiasan daripada royal icing. Kelas ni bagi kami sangat menarik dimana Aboy dengan Nick bertungkus lumuslah nak siapkan project ni. Sangat seronok bilamana kami diberi peluang untuk mencurahkan pelbagai idea dan kreativiti. kebanyakkan kek ini sangat menarik dan mempunyai pelbagai bentuk semua kek ini dibuat oleh rakan-rakan kami. Terdapat juga kek yang Aboy dan NiCk buat. So, kami hidangkan kepada anda kek-kek yang banyak kenagan ini.


Kek ni cantik kan murid-murid.....? Cantik Cikgu!!!!


Kek yang unik... seperti nak tumbang, tapi tetap teguh...


Ini contoh kek gaya Inggeris... dalam garden gitu!!!


Rasa-rasa ni kek saper? hehehe... kek Aboy dengan Nick la....


Kek org kawin... duduk kat puncak...


Kek ni si perempuan yang baju kuning ni tengah tunggu pengantin lelaki yang baju hitam ni naik bagi bunga.
sweetkan...


Ini juga salah satu kek yang menegahkan gaya Inggeris... kawin dalam garden...


Ini unik jugak ni... kek dah mcm skirt dah... sangat creative!!! Tepukan untuk mereka.


Kek love 3 tingkat!!!


Biru melambangkan kelembutan!!!


Waa... tingginya...siap ada topi kat atas kek tu...Topi tu pun cake tau!!!


Kek bantal... Sapa nak tido?


Putih suci...

So, skg korang dah tengok kan... seronok kan,teruja tak? hum komferm air liur tu dah menitik2 kan... haha... Takper jangan risau korang tak dapat mkn pun sbb ni dalam gambar jer. Untuk menghasilkan kek sebegini kita perlukan idea yang sangat banyak disamping memerah idea kita kena berani mencuba... Syabas dan tahniahlah aboy dan nick ucapkan pada kawan-kawan yang dah siapkan project ini. Gud luck semua.

Sunday, July 10, 2011

PERSOALAN TENTANG : TERJEMAHAN BAHAN MASAKAN INDONESIA

SOALAN PEMINAT


SOALAN:
  1. Banyak istilah bahan dalam bahasa Indonesia yang saya tak faham. Bolehkah Dapur Bujang berikan sedikit info?
JAWAPAN: 

Tepung terigu - Tepung gandum
Wortel - Lobak merah
Seleri - Saderi
Kedelai - Kacang soya
Ebi - Udang kering
Jeruk nipis - Limau nipis
Kacang mete - Gajus
Kaldu ayam - Air rebusan ayam
Susu bubuk - Susu tepung
Kemiri - Buah keras
Kapulaga - Buah pelaga
Mrica - Serbuk lada sulah
Bolok - Kiub stok
Brambang - Bawang merah
Terisi - Belacan
Cabe- Cili atau lada
Jahe- Halia
Ubi jalar atau rambat - Keledek
Wijen - Bijan
Ketan - Pulut
Daun singkong - Pucuk ubi

SUMBER RUJUKKAN: BUKU (BIJAK MEMASAK, NORZAILINA NORDIN " Soal Jawab & Panduan Dunia Masakan), Cetakkan 1 2011, GRUP BUKU KARANGKRAF SDN.BHD

Friday, July 1, 2011

SENARAI 20 RESTAURANT TERBAIK DI DUNIA 2011


RESTAURANT TERBAIK DUNIA

OK... now kami akan senaraikan 20 restaurant terbaik didunia 2011. Selepas keluar senarai ini kami akan bawa anda melihat top 5 restaurant tersebut. Sayang seribu kali sayang, restaurant dari Malaysia belum lagi tersenarai. Insayallah mungkin selepas korang tengok entry ni mesti korang pun rasa tercabar and nak jugak buat restaurant macam diaorang.

NAME OF RESTAURANT 
  1. Noma- Denmark
  2. El Celler De Can Roca- Spain
  3. Mugaritz- Spain
  4. Osteria Francescana- Itali
  5. The Fat Duck- UK
  6. Alinea- USA
  7. D.O.M- Brazil
  8. Arzak- Spain
  9. Le Chateaubriand- France
  10. Per Se- USA
  11. Daniel- USA
  12. Les Creations de Nariswa- Japan
  13. L'Astrance- France
  14. L'Atelier de joel Robuchon- France
  15. Hof van Clave- Belgium
  16. Pierre Gagnaire- France
  17. Oud Sluis- Netherlands
  18. Le Bernardin- USA
  19. L'Arpege- France
  20. Nihonryori RyuGin- Japan
Sumber Rujukkan: http://www.theworlds50best.com/awards/1-50-winners