KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

LET BE OUR FOLLOWER AND WE CAN SHARE MANY RECIPE

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Thursday, June 30, 2011

KHASIAT BUAH DURIAN BELANDA


DURIAN BELANDA
Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L
Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia di mana ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Ia biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.
Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Dagingnya terdapat banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya
  • Durian belanda mempunyai pelbagai khasiat dan mampu memberikan kesan anti kanser yang sangat kuat, anti bakteria dan anti fungus serta mampu melawan pelbagai jenis parasit dan cacing.
  • Durian belanda mampu menyerang sel kanser secara efektif dan semula jadi. Ia juga mampu melambatkan pertumbuhan kanser tanpa menjejaskan sel-sel sihat di dalam badan.
  • Pesakit kanser tidak akan berasa mual,mengalami penurunan berat badan, keguguran rambut seperti mana apabila menjalani kemoterpi.
  • Selain itu, buah ini mampu membantu menurunkan darah tinggi, kemurungan,dan membaikpulih sistem saraf yang kurang baik.
  • Kegunaan lain daripada sumber durian belanda adalah akar daun pokok iniyang mampu mengubati kencing manis. Begitu juga dengan buah durian belanda muda yang dicampurkan dengan minyak zaitun dapat mengubati sakit sendi dan sengal-sengal.

SUMBER RUJUKAN: MAJALAH SAJI RESEPI BULANAN BERINFOMASI, JULAI 2011 

Wednesday, June 29, 2011

PERBEZAAN KAMBING DAN KAMBING BIRI-BIRI SERTA KEISTIMEWAAN DAGING KAMBING


PERBEZAAN KAMBING DAN KAMBING BIRI-BIRI

KAMBING (GOAT)
  • Ekornya menegak keatas.
  • Biasanya diternak bagi mendapatkan hasil susu dan daging.
  • Daging kambing biasanya dikenali sebagai 'chevon'.
  • Daging anak kambing dikenali sebagai 'cabrito' atau 'capretto'.
  • Dagingnya rendah lemak dan rendah kolestrol.



KAMBING BIRI-BIRI
  • Ekornya jatuh kebawah.
  • Diternak untuk mendapatkan bulunya.
  • Biri-biri dewasa dikenali sebagai 'mutton'
  • Anak biri-biri dikenali sebagai 'lamb'.
  • Dagingnya mengandungi kandungan dan kolestrol yang tinggi.

KEISTIMEWAAN DAGING KAMBING
Tidak seperti daging kambing biri-biri, daging kambing biasa mengandungi kandungan lemak dan kolestrol yang sangat rendah. Ia sangat ideal bagi mereka yang sangat menitik beratkan soal kesihatan. Keistimewaan lain yang terdapat dalam daging kambing termasuklah:
  • Baik untuk jantung dan ia disyorkan oleh American Heart Association bagi mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan yang melibatkan jantung.
  • Ia kaya dengan protien dan ratio lemak sihat.
  • Mengandungi zat besi dan pottasium yanga tinggi berserta dengan tahap sodium yang rendah.
  • Kandungan kalori dan kolestrolnya lebih rendah berbanding dengan tahap lembu dan ayam.
  • Tiada pencemaran hormon seperti daging ayam dan pencemaran bakteria sepertimana yang ada pada ikan.
Harapnya info ini membantu anda sedikit sebanyak pemahaman anda tentang kambing dan juga kambing biri-biri. Kami di dapur bujang menggalakkan anda semua untuk berkongsi maklumat bersama kami. Jika ada sebarang komen atau cadangan sila tinggalkan kepada kami. JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOG KAMI. Pastinya anda tidak akan menyesal jika menjadi sebahagian dari komuniti kami. terima kasih.

SUMBER RUJUKKAN: UATAZ YUSNIZAN YUSOF, PENOLONG PENDAFTAR PERNIKAHAN, PENCERAIAN DAN RUJUK,http://www.baituzzahra.com/indexmain/index.php?option=com_content&view=article&id=1258&Itemid=610

PETUA LEMBUTKAN DAGING KAMBING


Meskipun terdapat kaedah moden yang digunakan dalam penyediaan masakan tetapi petua tradisional masih digunakan. Jadi kali ini kami ingin kongsikan dengan anda bagaimana petua orang-orang kita gunakan dalam menyediakan sajian kambing ini.  Oklah... antara petua yang kami dapat kongsikan dengan anda ialah:



  • Rebus daging kambing dengan lobak merah
  • Rebus daging kambing dengan batang tebu. Caranya mudah iaitu rebus 1 kg daging kambing bersama 200gram tebu.
  • Didihkan 1 liter air, bila sudah mendidih masukkan 1 kg kambing dan 50 ml cuka.
  • Sebelum masak daging kambing siram dengan air limau nipis. Jika tidak ada limau nipis boleh perapkan atau lumurkan dengan daun limau atau daun jambu.
  • Ambil 2 potong arang, cuci sampai bersih dari kotoran. Rebuslah arang bersama daging kambing
  • Bungkus daging kambing dengan daun betik dan buah nanas, ia boleh mengempukkan daging.
Sejauh mana kebenaran petua-petua ini. Anda mahukan kepastian? Cubalah anda lakukan moga-moga anda mendapat kepastian dan sekiranya anda dah dapat jawapan dan kebenarannya, jangan lupa beritahu kami dan kongsikan bersama kami di dapur bujang. Selamat mencuba. Sedikit infomasi bersama kami. JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOG KAMI. Pastinya anda tidak akan menyesal.


SUMBER RUJUKAN: MAJALAH SAJI RESEPI BULANAN BERINFOMASI, JULAI 2011

Monday, June 27, 2011

SOSEJ BARBECUE BAKAR


SOSEJ BARBECUE BAKAR

BAHAN-BAHAN

1 paket smoked sosej
1 biji bawang besar (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 botol sos barbecue
3 sudu jem perisa oren
100 ml air panas
sedikit Mozarella cheese
sedikit lada sulah
sedikit Oregano

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Pertamanya, potong sosej 10 cm panjang setiap satu.
  2. Kemudian susun didalam tray dan taburkan bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang keatasnya.
  3. Seterusnya, campurkan air panas, sos barbecue dan juga jem perisa oren. kacau rata dan tuangkan kedalam tray.
  4. Taburkan lada sulah diatas sosej diikuti dengan mozzarella cheese dan akhir sekali taburkan oregano diatasnya.
  5. Bakar untuk 10 minit pada suhu 180 darjah Celsius.

TIP DAPUR BUJANG
  • Sesuai dijadikan santapan minum petang bersama keluarga ataupun dibawa untuk berkelah.
  • Ia juga sesuai dijadikan sebagai appetizer ataupun pembuka selera untuk satu acara fine dining yang indah.
  • Selamat mencuba.

MAKANAN DALAM PANTANG

Mungkin kali ini entry yang kami tulis agak memeranjatkan, tapi ia sebenarnya penting juga untuk seorang wanita yang bakil menjadi ibu dan bapa yang bakal menjadi seorang ayah. Apakah makanan yang patut dielakkan semasa berpantang iaitu selepas bersalin dan juga apa yang digalakkan untuk dimakan. antara yang patut dielakkan ialah:

1) Buah-buahan:
Anggur, nangka, jambu batu, nanas, betik, tebu, tembikai atau jenis " sejuk" kerana ia akan menurunkan suhu badan ibu.


2) Sayur:
Jenis yang menjala seperti labu, petola dan timun kerana ia "berangin" dikuatiri mendatangkan masalah kembung. Juga sayur jenis "sejuk" seperti kubis dan terung


3) Makanan laut:
Udang, sotong dan ketam semuanya gatal. Makanan bergoreng dan berminyak dilarang sama sekali.



4) Ikan:
Semua jenis ikan jangan makan kecuali tenggiri, talang kering, ikan bilis, gelama, bawal putih dan haruan.


5) Telur:
Dilarang sehingga jahitan atau luka bersalin sembuh


6) Ayam:
Hendaklah dibuang kulit ( makan hanya selepas luka dan jahitan sembuh).


7) Air:
dilarang minum air ais, bergas, air tebu dan air kelapa.


8) Kekacang:
Dilarang memakan gajus, badam dan kacang tanah.


Tapi tak perlu la risau... Lepas ni takut pulak korang ni nk bersalin. Ada juga makanan yang digalakkan untuk makan. Antaranya ialah:
Lada hitam, halia, sup, kunyit, lengkuas, air rebusan akar kayu, jamu bersalin, susu, keju, nasi panas, air panas, ikan bakar atau panggang, pucuk pegaga, biscut oat, biskut tawar dan juga roti.

So after this dah tahukan. So korang yang nak bersalin ni jagalah baik2... dan kepada suami pula kena jaga isteri bila isteri nak makan benda-benda yang tak boleh makan kat atas  korang siap-siap susun ayat yer...
" APA PUN TAK BOLEH"... hehe.. harap ilmu ni berguna untuk korang semua... Jangan lupa untuk FOLLOW BLOG KAMI. Pasti takkan rugi...

SUMBER RUJUKAN: BUKU (BIJAK MEMASAK, NORZAILINA NORDIN " Soal Jawab & Panduan Dunia Masakan), Cetakkan 1 2011, GRUP BUKU KARANGKRAF SDN.BHD

Sunday, June 26, 2011

ICE CARVING IS FANTASTIC


OKAMOTO STUDIO ICE SCLUPTURE ON MARTHA STEWART  SHOW

Hari ni kami bawakan anda pula dengan seni ukiran bongkah ais yang agak sukar dilakukan dan memerlukan imaginasi yang cukup tinggi. Okamoto studio adalah salah satu syarikat Jepun yang sangat terkenal dalam seni ukiran bongkah ais ini. Diharap dengan video ini anda semua dapat mengetahui lebih lanjut mengenai Okamoto studio dan bagaimana mereka melakukan ukiran yang menabjubkan ini. Kami kongsikan lagi dengan anda. Lagi sekali saya ingatkan "please tutup mulut anda untuk mengelakkan air liur terkeluar akibat keterujaan melampau".


Jika ada sebarang komen sila tinggalkan dan yang telah follow blog kami ni kami ucapkan berbanyak terima kasih dan yang belum lagi menjadi follower kami "JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOG KAMI". pasti anda tidak akan menyesal. hehe... Enjoy semua...

GAMBAR UKIRAN YANG LAIN








Ha.... teruja kan... So yang baru tengok tu, tahniah la ini benda baru untuk korang. Jadi betul tak kami ckp korang takkan menyesal punya kalu follow blog kami... Banyak manfaat dapat tau... hehehe... Ok, harap korang enjoy sgt. Kami pun gembira bile korang pun suka.. thanks korang.




Saturday, June 25, 2011

PERSOALAN TENTANG : NASI CEPAT BASI

SOALAN PEMINAT


SOALAN:
  1. Bagaimana untuk menjaga keadaan nasi seterusnya mengelakkan nasi itu cepat basi?


JAWAPAN:
Untuk mengelakkan nasi dimasak dari cepat basi, semasa anda membasuh beras kali pertama hingga ketiga anda menggunakkan tangan anda. selepas itu untuk kali keempat bila anda masukkan air kedalam beras itu anda tidak perlu lagi menyentuh air tersebut walaupun untuk mengukur.

SUMBER RUJUKKAN: "Tips Dunia Kulinari" Nor Ezanawaty Salim, Majalah SAJI Resepi Bulanan Berinfomasi, MEI 2011.

Friday, June 24, 2011

TANGHOON FISH SOUP


TANGHOON FISH SOUP

BAHAN-BAHAN

100 gram isi ikan  
100 gram soo onn (mee, rendam dalam air)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)   
5 biji dried mushroom (dihiris halus)
5 biji button mushroom (dihiris halus)
3 batang Young corn (dihiris halus)
1/2 batang Carrot (dihiris memanjang)
1/4 kobis ( dihiris )
3 batang sawi ( dihiris)
sedikit Chicken stock
sedikit garam
3 sudu minyak bijan
3 sudu minyak ikan
3 sudu minyak masak
500 ml air

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan air.
  2. Kemudian masukkan pula dried mushroom, button mushroomyoung corn, corrot kobis dan sawi.
  3. Seterusnya masukkan sedikit perasa iaitu chicken stock, garam, minyak ikan dan minyak bijan.
  4. Sediakan Soo Onn yang telah kembang tadi kedalam mangkuk, dan curahkan soup diatasnya.

TIP DAPUR BUJANG
  • Jika anda mahukan sesuatu untuk menambah selera, hiriskan daun bawang dan cili merah kemudian taburkan diatas sup ini. Sertakan juga bawang gorong sebagai hiasan.
  • Anda boleh juga perahkan sedikit air perahan limau sebagai penambah rasa yang mengasyikkan.
  • Selamat mencuba...

CREDIT TO : Chef Shahrul Aizat (Pak Aun) 

ADVANCE STAGE FOR FRUIT AND VEGETABLE CARVING

Ok... Dah lama kan kami tak keluarkan article pasal fruit and vegetable carving ni... Hari ni tergerak pulak hati nak bagi lagi info kat korang semua. Kita share sama-sama mengenai art carving ni. Untuk kali ni kami bawakan anda teknik-teknik menarik untuk membuat ukiran burung menggunakan epal dan juga corak ukiran daripada Indonesia iaitu daripada Bali... Sangat kretif dan harapnya korang semua akan enjoy dengan video-video ni...

Ha... Yang ni dia buat burung... burung apa? Burung epal... burung apa? Burung epal... burung apa? Burung epal la... Korang tengok la sendiri malas nk ulang... Tengok tau... Jgn sampai kuar air liur sudah.. sebab teruja.. haha....


Yang ni pulak ukiran seni cara orang2 bali... Sangat unik dia buat kat Ayodya Resort Bali. So korang enjoy lak... Jangan sampai teruja lompat-lompat atas katil pastu terbelah dua, sebab teruja tengok benda ni... Relax-relax sudah yer... Selamat menonton. Kalu ada apa-apa tinggalkan sahaja komen tu... Nanti kami balas dan yang baru buka tu... Jangan lupa FOLLOW BLOG KAMI yer... hehehe. Nanti kita boleh kongsi lagi banyak... terima kasih...



Sunday, June 19, 2011

13th BATTLE OF THE CHEFS, PENANG 2011 (BAHAGIAN 2)

PENANG INTERNATIONAL SALON GASTROMOMIQUE
13th BATTLE OF THE CHEFS, PENANG 2011


Ha... seperti yang dijanjikan, kami nak sambung cerita semalam pasal pertandingan yang menarik ni. Kalau tengok product yang dihasilkan kat sini, rata-rata semua menakjubkan dan ada juga yang pelik-pelik. Sebab apa? Sebab ada antaranya kita seolah-oleh tak terfikir manusia boleh hasilkan hasil kerja tangan yang sangat menabjubkan macam tu. Oklah tak nak lah membebel lagi. Kami akan bawakan anda gambar-gambar lain pada hari tu. Hope korang akan enjoy!!! 






Plated Food
( hum, yang ni Aboy tak tau betul ke tak. tanya kat Nick pulak dia pun tak ingat yang gambar ni ketegori apa)
maaf la kalu salah bagi maklumat tapi rasa-rasanya memang "Plated Food"







Cake Decoration

Ish2... rambang mata kan nak tengok semua ni, tapi ini sahajalah yang kami mampu bawa untuk kongsi dengan korang semua. Sangat cantik kan. Lepas ni mungkin akan ada lagi pertandingan macam ni. Nanti kami akan bagitahu bila dan dimana, so korang pun boleh la join tengok pertandingan ni mcm maner... So dapat la selami jiwa kami ni yang sangat cinta dengan dunia masakan ni. Waa... ayat!!! Oklah, apa2 yang korang nak komen just komen la. Nanti kami balas. Sekurang- kurangnya ada juga benda nak di bual dan kalu korang ada soalan kat kami pasal masakan just tanyalah... Kami akan cuba berikan jawapan mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai dan diakui... hehehe... jumpa lagi...

13th BATTLE OF THE CHEFS, PENANG 2011 (BAHAGIAN 1)

PENANG INTERNATIONAL SALON GASTRONOMIQUE
13th BATTLE OF THE CHEFS, PENANG 2011


Hari ini kami akan buat liputan mengenai pertandingan Battle of The Chefs yang baru-baru ni berlangsung di Penang pada 3hb-5 hb June 2011. Sangat meriah time ni, kita boleh lihat kehandalan-kehandalan chef-chef daripada malaysia dan juga luar negara. Time ni kami pergi cuma pada hari sabtu jer. Hari lain tu cuma dapat tengok keputusan. Aboy dengan Nick datang sini jadi pemerhati jer... Tengok-tengok, masih belum berpeluang nak bertanding macam ni. Tapi kami dapat banyak benda baru kat sini dan kita jugak boleh berkongsi.




UiTM Culinary Team

Kami ada beberapa helai gambar yang menarik untuk dikongsi. Kami juga ingin mengucapkan tahniahlah kepada Team UiTM Pulau Pinang yang berjaya membawa balik 1 Gold, 2 sSilver, 14 Bronze, 13 Diploma. Wow, sangat hebat... korang semua mesti makin terujakan nak tengok semua gambar-gambar tu kan... Oklah tak nak ckap banyak kami akan bawakan anda sorotan pada hari itu. Tahniah sekali lagi diucupkan kepada team UiTM Pulau Pinang.

SEPANJANG PERTANDINGAN BERLANGSUNG




Ukiran Coklat




Butter Sculpture

Waa... macam maner untuk first half? Teruja kan? Hum... sangat menarik bagi siapa yang tak dapat pergi tu rugilah tapi jangan risaulah kalu tengok blog kami ni seolah-olah dah dapat pergi kesana jer. Hehe... Oklah kita teruskan lagi... dengan hidangan-hidangan lain... jom semua.





Dessert

Hum, sebenarnya banyak lagi tau. Tapi kami akan siarkan untuk bahagian yang kedua pulak. Tunggu tau sangat seronok nak ditengok sama-samakan. Jangan risau nanti kami akan post secepat yang mungkin. Jumpa lagi lepas ni. Kalu suka tinggalkan la komen-komen menarik anda. Nak jugak kita sama-sama borak pasal ni kan. Jangan lupa la untuk follow blog kami ni. So kita boleh kongsi lagi banyak lepas ni... kan... jumpa lagi...