KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Saturday, June 18, 2011

SEJARAH TENTANG MAKANAN : PAI



PAI / PIE
SEJARAH :
Ia antara hidangan yang paling kuno pernah dimasak. Ia mula diperkenalkan pada tahun 9500 sebelum Masehi oleh masyarakat Mesir ataupun Zaman Batu Baru. Pai yang awal dikenali sebagai galettes. Galettes bentuknya seakan lempeng yang nipis dan digunakan untuk membalut makanan yang dimasak seperti madu, out, gandum dan barli.


GALETTES

Pai juga asalnya manis semuanya manis dan lempeng yang digunakan juga manis. Bukti menunjukkan pai diceritakan di batu makam Firaun Ramesses kedua. Setelah itu dengan adanya ilmu pengetahuan memasak yang mendalam , pada zaman Greek, ahli sejarah percaya pai diperkenalkan oleh mereka ( Greek). Menggunakan tepung yang dicampurkan dengan lemak ia dijadikan doh pai dan digunakan untuk membalut makanan seperti daging. Kerajaan greek yang kemudiannya menakluki Eropah termasuk Sepanyol mula mempelajari cara mengawet daging menggunakan garam dan rempah ratus sebagai perasa daging perap mereka. Apicius, koleksi kompilasi resipi latin yang dikumpulkan sejak abab ke-4 dan 5 ada menyebut beberapa resipi berkaitan pai. 

APICIUS

Ahli sejarah Roman yang menulis buku De Agri Cultura menyebut tentang pai yang dinama kan Placenta sejenis doh yang mengunakan tepung gandum dan diatasnya di letak madu, keju dan daun bay. Ia seakan kek keju zaman sekarang tapi dibuat dibuat dalam bentuk yang tidak sempurna sepertimana kek keju zaman kini. Bagaimanpun Placenta bukan untuk dimakan tapi dipersembahkan kepada tuhan mereka. Setelah itu dengan pejajahan empayar Roman, pai telah diperkenalkan ke seluruh Eropah. Di England pai mula dikenali pada abad ke-12 . Pai manis yang mengunakan beri dan buah-buahan diperkenalkan ke Amerika Syarikat oleh mubaligh kristian.

SUMBER RUJUKAN : NOOR JOHA AHMAD " celoteh orang dapur", SAJI RESEPI BULANAN BERINFOMASI, MEI 2011

No comments: