KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

LET BE OUR FOLLOWER AND WE CAN SHARE MANY RECIPE

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Monday, June 27, 2011

MAKANAN DALAM PANTANG

Mungkin kali ini entry yang kami tulis agak memeranjatkan, tapi ia sebenarnya penting juga untuk seorang wanita yang bakil menjadi ibu dan bapa yang bakal menjadi seorang ayah. Apakah makanan yang patut dielakkan semasa berpantang iaitu selepas bersalin dan juga apa yang digalakkan untuk dimakan. antara yang patut dielakkan ialah:

1) Buah-buahan:
Anggur, nangka, jambu batu, nanas, betik, tebu, tembikai atau jenis " sejuk" kerana ia akan menurunkan suhu badan ibu.


2) Sayur:
Jenis yang menjala seperti labu, petola dan timun kerana ia "berangin" dikuatiri mendatangkan masalah kembung. Juga sayur jenis "sejuk" seperti kubis dan terung


3) Makanan laut:
Udang, sotong dan ketam semuanya gatal. Makanan bergoreng dan berminyak dilarang sama sekali.



4) Ikan:
Semua jenis ikan jangan makan kecuali tenggiri, talang kering, ikan bilis, gelama, bawal putih dan haruan.


5) Telur:
Dilarang sehingga jahitan atau luka bersalin sembuh


6) Ayam:
Hendaklah dibuang kulit ( makan hanya selepas luka dan jahitan sembuh).


7) Air:
dilarang minum air ais, bergas, air tebu dan air kelapa.


8) Kekacang:
Dilarang memakan gajus, badam dan kacang tanah.


Tapi tak perlu la risau... Lepas ni takut pulak korang ni nk bersalin. Ada juga makanan yang digalakkan untuk makan. Antaranya ialah:
Lada hitam, halia, sup, kunyit, lengkuas, air rebusan akar kayu, jamu bersalin, susu, keju, nasi panas, air panas, ikan bakar atau panggang, pucuk pegaga, biscut oat, biskut tawar dan juga roti.

So after this dah tahukan. So korang yang nak bersalin ni jagalah baik2... dan kepada suami pula kena jaga isteri bila isteri nak makan benda-benda yang tak boleh makan kat atas  korang siap-siap susun ayat yer...
" APA PUN TAK BOLEH"... hehe.. harap ilmu ni berguna untuk korang semua... Jangan lupa untuk FOLLOW BLOG KAMI. Pasti takkan rugi...

SUMBER RUJUKAN: BUKU (BIJAK MEMASAK, NORZAILINA NORDIN " Soal Jawab & Panduan Dunia Masakan), Cetakkan 1 2011, GRUP BUKU KARANGKRAF SDN.BHD

2 comments:

Puan Nurul said...

thanks 4 da' info yer...

aboyandnick said...

tuk dikongsi kita bersama....