KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Showing posts with label APPETIZER : DAPUR BUJANG. Show all posts
Showing posts with label APPETIZER : DAPUR BUJANG. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

JOM SARAPAN PAGI!!! Menu: Farmer Potato

Salam... Selamat pagi semua, semalam aboy kena kerja dari pukul 11 malam sampai pukul 7 pagi tadi untuk prepare sarapan pagi untuk 150 pax. Inilah kali pertama kerja pagi2 macam ni... Haha, takperlah itu semua pengalaman dan pengalaman ini jugalah membuatkan aboy nak kongsi dengan anda semua  resepi salah satu menu sarapan pagi tuk ari ini... Menu pada hari ini ialah FARMER POTATO atau sauted potato. Caranyer senang sahaja dan aboy akan kongsikan dengan semua.

FARMER POTATO


BAHAN-BAHAN

4 biji kentang (dipotong dadu dan direbus 3/4 empuk)
1/2 biji lada banggala merah dan hijau
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 helai bay leave 
Sedikit serbuk lada hitam 
Sedikit daun basil kering
Sedikit garam

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Letakkan sedikit minyak didalam kuali dan masukkan bay leave supaya naik aromanya yang wangi.
  2. Kemudian, tumiskan lada banggala dan bawang besar.
  3. Seterusnya, masukkan kentang dan taburkan sekali daun basil kering.
  4. Taburkan sedikit garam sebagai perasa dan segara dihidangkan.


ULASAN DAPUR BUJANG:

Waa... mudah kan. hanya dengan 1,2 dan 3 hehe... selamat mencuba kepada korang semua. Aboy juga ingin kongsikan juga bahawa hari ini aboy telah berkerja bersama Chef Raiz @ abg raiz. Dia banyak membantu aboy dalam mengenal perkara baru didalam industri ini. Diharap dapat berkongsi lagi peristiwa2 manis di dalam masakan bersama anda lagi. Terima kasih kepada abg raiz juga anda yang sudi melawat blog kami.


Terima kasih Abg Raiz!!!

Monday, June 27, 2011

SOSEJ BARBECUE BAKAR


SOSEJ BARBECUE BAKAR

BAHAN-BAHAN

1 paket smoked sosej
1 biji bawang besar (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 botol sos barbecue
3 sudu jem perisa oren
100 ml air panas
sedikit Mozarella cheese
sedikit lada sulah
sedikit Oregano

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Pertamanya, potong sosej 10 cm panjang setiap satu.
  2. Kemudian susun didalam tray dan taburkan bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang keatasnya.
  3. Seterusnya, campurkan air panas, sos barbecue dan juga jem perisa oren. kacau rata dan tuangkan kedalam tray.
  4. Taburkan lada sulah diatas sosej diikuti dengan mozzarella cheese dan akhir sekali taburkan oregano diatasnya.
  5. Bakar untuk 10 minit pada suhu 180 darjah Celsius.

TIP DAPUR BUJANG
  • Sesuai dijadikan santapan minum petang bersama keluarga ataupun dibawa untuk berkelah.
  • Ia juga sesuai dijadikan sebagai appetizer ataupun pembuka selera untuk satu acara fine dining yang indah.
  • Selamat mencuba.

Wednesday, April 20, 2011

ORIENTAL SALAD


ORIENTAL SALAD

BAHAN-BAHAN

100 gram ayam (dipanggang @ dibakar)
1 batang cili merah
1 biji bawang besar
1/2 biji Capsicum
1 batang serai
1/2 biji lemon
2 sudu sos thai
1 sudu sos cili

KAEDAH HIDANGAN
  1. Pertama sekali ayam dipotong dadu
  2. Begitu juga cili dan serai ( dihiris), bawang (dimayang), capsicum dipotong dadu.
  3. Kemudian gaulkan bahantadi bersama sos thai dan juga sos cili
  4. Akhir sekali titiskan perahan limau dan kacau sebati.
  5. Hidangkan bersama red leaf salad dan curly cress salad.
INFO DAPUR BUJANG
  • Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa, merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, magnesium dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.
  • Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin, serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan .



SMOKE SALMON AND CUCUMBER


SMOKE SALMON AND CUCUMBER

BAHAN-BAHAN

3 keping hirisan smoke salmon
1/2 batang timun
5 sudu yogurt
sedikit dill herb
sedikit garam
sedikit gula
sedikit pepper 

KAEDAH HIDANGAN
  1. Hirisan smoke salmon( dihiris) menjadi kepingan kecil
  2. Kemudian, timun dipotong dadu
  3. Seterusnya campurkan hirisan smoke samon dan timun bersam dengan yogurt
  4. Letakkan sedikit dill herb, gula, garam dan pepper.
  5. Bentukkan campuran tadi kedalam acuan berbentuk bulat
  6. Kemudian hiaskan agar nampak lebih menarik.
INFO DAPUR BUJANG

hidangan ini sesuai dijadikan sebagai pembuka selera ( Appetizer ) yang mudah dan ringkas untuk anda semua.

Khasiat timun:

  • Timun ada pelbagai khasiat & penawar. Kebanyakan org suka memakannya kerana ia dianggap dpt menyejukkan badan. Sebenarnya timun kaya dgn kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. 
  • Berdasarkan kandungannya tidak hairanlah ia menjadi penawar mujarab beberapa penyakit. Yang penting ianya mampu mengekalkan kandungan alkali dlm darah kita. 
  • Jika mengalami sembelit, ia dpt diatasi dgn mengamalkan makan timun setiap hari. Kandungan jus di dlm timun amat mujarab utk merawat gastrik, ulser serta kandungan asid tinggi. Jika jus dicampurkan dgn perahan lobak merah & saderi, ia dpt mengatasi masalah pusingan asid spt gout, reumatik & artritis. Bijinya pula kaya potasium. Cecair dpd bijinya dpt merawat masalah kekerapan buang air kecil. 



Monday, December 20, 2010

KERABU MANGGA THAI


KERABU MANGGA THAI

BAHAN-BAHAN

3 biji mangga epal separa masak (dihiris nipis dan memanjang)
1 biji bawang besar  (dimayang)
5 biji cili padi ( dihiris halus)
1/4 botol Sos Thai

CARA MEMASAK

1) Gaulkan kesemua bahan dengan rata dan hiaskan dia atas pinggan...

INFO DAPUR BUJANG

Khasiat Mangga:
Isi buah mangga yang masak mengandungi lebih kurang 15% gula, sehingga 1% protein, dan agak banyak vitamin A, B dan C. Rasa buah ini amat manis, dengan sesetengah kultivar mempunyai rasa yang sedikit masam. Tekstur isi buah mangga amat berbeza-beza antara kultivar-kultivar yang berlainan; sesetengah buah mempunyai tekstur yang lembut dan benyek seolah-olah buah plum yang terlalu masak, sedangkan yang lain mempunyai isi yang lebih pejal serupa dengan tembikai wangi atau buah avokado. Isi buah sebilangan kultivar juga boleh mengandungi serabut. Buah mangga mengandungi banyak jus, dan rasa manis serta kandungan air yang tinggi menyebabkan buah ini amat menyegarkan ketika dimakan, walaupun agak leceh dan kotor.
Mangga tergolong dalam famili yang sama dengan pokok ivy beracun dan mengandungi urusyiol, walaupun tidak serupa banyak dengan ivy beracun. Sesetengah orang menghidap penyakit dermatitis ketika menyentuh sap atau kulit buah yang dikupas. Orang-orang yang mengalami tindak balas alergi selepas menyentuh buah mangga biasanya dapat menikmati buah ini jika orang lain mengupas kulit buah ini lebih dahulu. Daun-daun Buah Mangga adalah toksik terhadap lembu.
Buah mangga telah dikatakan melegakan usus-usus dan oleh itu, menyebabkan buah ini mudah dicernakan. Buah ini merupakan buah kebangsaan India dan Pakistan, dan dipercayai dapat membantu menghentikan perdarahan, mengukuhkan jantung, dan memanfaatkan otak. Buah mangga juga merupakan motif yang biasa dalam tekstil-tekstil India, dan dikenali sebagai corak Paisley.