KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

LET BE OUR FOLLOWER AND WE CAN SHARE MANY RECIPE

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Wednesday, January 4, 2012

MEREHATKAN MINDA!!! KAMI BERCUTI KE GAMBANG WATER PARK!!!

Untuk pengetahuaan semua, Aboy ngan Nick telah pergi bercuti merehatkan minda setelah berkerja bertunkus lumus sepanjang 2011 ni. Pada 27 december 2011 aritu kami bersama dengan dengan staff  daripada Holiday Villa Cherating, Pahang telah pergi ke Bukit Gambang Water Park. Rasa seronok bile bermain air sampai terlompat-lompat, menjerit-jerit tak ingat dunia, yerlah kata nak berseronok... hehehe. Tapi kebetulan pada hari yang kami datang tu tak ramai orang sangat. Mungkin disebabkan cuaca yang hujan dan juga 27 ari tu merupakan hari Rabu. So, still ramai berkerja. Bak kata orang air ni adalah satu element yang baik untuk menenangkan jiwa, that why la kami pergi tempat berair macam ni. 

Pada mulanya kami merancang untuk pergi pada bulan 1 ni, tapi disebabkan akan ada group yang datang ke hotel kami bulan 1 ni, jadi kami terpaksa awalkan. Kami post tentang percutian kami ni bukan nak bagi anda "jealous" tapi sekadar nak berkongsi rasa gembira dengan anda semua. Selain itu kami juga dapat memperkenalkan anda semua dengan tempat-tempat menarik sebagai destinasi pelancongan anda sekeluarga. Rasanya perkara ini tidak lari daripada skop bidang kami. Harap anda semua enjoy dengan gambar-gambar yang kami sediakan.


Ini gambar budak-budak rumah sewa kami, Abg Azri yang di sebelah kiri dan Abg Raiz disebelah kanan (yang kerja ngan aboy masa overnight aritu...)


Pondok ni untuk disewa tau... bukan free... harga sewa pondok ni untuk sepanjang hari ialah $40 inggit!!! Ruangnya besar, sesuai nk letak beg family yang datang. Eh... ada wanita... (tu Kak Dila...)


Ini amik gambar kat jambatan. Yang tengah-tengah tu Kak Lisa (FnB) dan Abg Yoo (FO). Diaorang la yang jadi photographer tuk sepanjang hari. Mereka ni gile kamera... kot!!!  


Abg Azri tengok apa tu? Jet pejuang kot!!! huhu


Ini gambar kat pintu masuk kat Bukit Gambang Water Park ni. 2 gadis kecik molek tu kat tengah tu ialah Kak Fairus dan juga Kak Jue.


Amboi posing kat tiang lagi tu... hahaha." memori daun pisang waktu jalan-jalan", ceh... nyanyi pulak...


Ni tengah bincang nak pi mana pulak lepas ni...


Amik sekali lagi gambar kat sini... Eh Kak Lisa ngan Abg Yoo maner? hum... photographer kan...


Masa kami nak ambil gambar ni, tiba-tiba hujan turun... hahaha... tahu-tahu jer kita nak mandi...


Saper paling sopan?... Hahaha...


Masing-masing nak tunjuk kuat.. haha...


Machonyer yang paling kanan tu... huhu


Time-time nak mandilah ni... dah tukar baju and seluar...

 Tiang lampu lagik...


Ni nak pi main gelongsor tu... yang pening giler... Mana Nick??? Dia tengah amik gambar...


Kami suka gambar ni... terserlah natural beauty!!!... hahaha


Tunggu masa nk balik dah ni... adalah shopping sikit... sikit ker??? Tengok Abg Azri baper beg plastik kat tangan dia?... hahaha


Sekian sahaja ceretera kami disini. Harapnyer anda semua dapat enjoy jugak seolah-olah pergi ke Gambang dengan penulisan kami ni. Datanglah sendiri untuk merasai sendiri keseronokan yer... Untuk maklumat lanjut anda bolehlah melayari:

Harga Tiket : RM 21.90 untuk dewasa dan RM 14.90 untuk kanak-kanak
(sekarang tengah offer!!! Cepat...)
Dibuka: Setiap hari kecuali hari Selasa
Masa: Isnin, Rabu, Khamis 10.30 pagi hingga 6.30 petang
Jumaat, Sabtu, Ahad 9.30 pagi hingga 6.30 petang



Tuesday, January 3, 2012

IKAN KEMBUNG BAKAR ISTIMEWA BERSAMA AIR ASAM DAPUR BUJANG

Oklah hari ni kita nak bersantai2 jer... duduk2 tepi pantai sambil makan ikan bakar. Ish... masyuknyakan... Ikan bakar ni jugak sesuai buat menu BBQ untuk kawan2 pembaca yang sedang beriadah atau buat camping dalam hutan. Boleh jugak halau nyamuk, tak gitu? hehe. Aboy ngan Nick bagi menu santai bersama kawan2 dan family untuk semua pembaca, bukan apa... bujang memanglah bujang but still ada familykan. Apa salahnya kalu sesekali bawak family berholiday sambil makan makanan hasil tangan anda semua... kan ker terharu mereka. Jadi kami kongsikan dengan anda hari ini, "Ikan Kembung Bakar bersama Air Asam Dapur Bujang". Harap semua bolehlah enjoy... Selamat mencuba...
 IKAN KEMBUNG BAKAR ISTIMEWA BERSAMA AIR ASAM DAPUR BUJANG


BAHAN-BAHAN UNTUK IKAN KEMBUNG BAKAR
(Bahan-bahan untuk perap ikan)
250 gram ikan kembung
10 cm halia (dikisar)
10 cm lengkuas (dikisar)
10 cm kunyit hidup (dikisar)
8 biji bawang merah (dikisar)
6 tangkai cili hijau dan merah (dikisar)
10 biji cili padi (dikisar)
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
2 batang serai ( hiris halus)
1/2 ketul gula melaka

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Tumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan daun kunyit dan serai.
  3. Akhir sekali masukkan gula melaka.
  4. Setelah pecah minyak sejukkan.
  5. Seterusnya perapkan bahan tumis tadi dengan ikan dan dibungkus dengan daun pisang.
  6. Lastly, bakar ikan sehingga masak.

BAHAN-BAHAN AIR ASAM

2 tangkai cili merah dan hijau (dihiris)
2 biji bawang merah (dihiris)
1 tangkai bunga kantan (dihiris)
1batang serai (dihiris)
3 helai daun limau purut (dihiris)
1/2 cawan asam jawa
sedikit garam garam (dihiris)
belacan (sebesar ibu jari)
1 sudu kerisik

KAEDAH PENYEDIAAN

  1. Pertama sekali bancuhkan asam jawa dengan air suam.
  2. Kemudian tumbuk belacan dan juga kerisik.
  3. Seterusnya, campurkan kesemua bahan yang dihiris.
  4. Last sekali, kacau rata kesemua bahan dan sedia untuk dicicah dengan ikan kembung bakar tadi.