KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Showing posts with label SOUP : DAPUR BUJANG. Show all posts
Showing posts with label SOUP : DAPUR BUJANG. Show all posts

Friday, June 24, 2011

TANGHOON FISH SOUP


TANGHOON FISH SOUP

BAHAN-BAHAN

100 gram isi ikan  
100 gram soo onn (mee, rendam dalam air)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)   
5 biji dried mushroom (dihiris halus)
5 biji button mushroom (dihiris halus)
3 batang Young corn (dihiris halus)
1/2 batang Carrot (dihiris memanjang)
1/4 kobis ( dihiris )
3 batang sawi ( dihiris)
sedikit Chicken stock
sedikit garam
3 sudu minyak bijan
3 sudu minyak ikan
3 sudu minyak masak
500 ml air

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan air.
  2. Kemudian masukkan pula dried mushroom, button mushroomyoung corn, corrot kobis dan sawi.
  3. Seterusnya masukkan sedikit perasa iaitu chicken stock, garam, minyak ikan dan minyak bijan.
  4. Sediakan Soo Onn yang telah kembang tadi kedalam mangkuk, dan curahkan soup diatasnya.

TIP DAPUR BUJANG
  • Jika anda mahukan sesuatu untuk menambah selera, hiriskan daun bawang dan cili merah kemudian taburkan diatas sup ini. Sertakan juga bawang gorong sebagai hiasan.
  • Anda boleh juga perahkan sedikit air perahan limau sebagai penambah rasa yang mengasyikkan.
  • Selamat mencuba...

CREDIT TO : Chef Shahrul Aizat (Pak Aun) 

Wednesday, June 15, 2011

LEEK AND POTATO SOUP


LEEK AND POTATO SOUP

BAHAN-BAHAN

2 biji kentang (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dicincang halus)
1 batang leek (dihiris)
1 batang celery (daun bawang) dihiris tebal
100 gram butter
2 sudu olive oil
2 helai bay leave ( daun bay) 
1 liter air
1 tangkai daun parsley (dicincang halus)
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
Sedikit oregano (herba)

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Panaskan butter terlebih dahulu kemudian tumis bawang dan juga celery sehingga berwarna coklat keemasan kemudian masukkan air.
  2. Seterusnya, letakkan bay leaf, leek dan juga kentang. Reneh dengan api yang perlahan selama 15 minit.
  3. Masukkan olive oil, daun parsley dan sedikit oregano. Kacau rata selama 3 minit.
  4. Masukkan garam dan juga lada sulah. sambil menunggu sup direneh buang buih-buih yang terapung di permukaan atas sup, supaya sup nampak lebih jernih dan cantik. Apabila naik bau dan aroma sup tutup api dan hidangkan bersama roti ( sebagai cadangan).
INFO DAPUR BUJANG
  • Sup leek dan potato ini sebenarnya berasal daripada "Perancis".
  • Namanya ialah "Potage de poireaux et pommes de terre".
  • Sup ini sangat mudah disediakan dan boleh disimpan didalam peti ais dan dipanaskan semua.
  • Sesuai di makan pada waktu sejuk.
  • Herba yang digunakan didalam resepi ini iaitu oregano boleh diubah dengan herba seperti coriander, basel ataupun tarragon mengikut kemahuan anda.
  • selamat mencuba.