KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

LET BE OUR FOLLOWER AND WE CAN SHARE MANY RECIPE

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Saturday, June 11, 2011

CHOCOLATE MOCHA POT DE CRÈME


CHOCOLATE MOCHA POT DE CREME

BAHAN- BAHAN

120 gram Dark chocolate
1 sudu kecil serbuk kopi
Secubit garam
1 cawan heavy cream
200 gram gula
1 sudu kecil vanilla extract
1/2 cawan whipping cream ( hiasan)

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Hiris dark chocolate sehingga halus, kemudian masukkan didalam satu mangkuk dan campurkan serbuk kopi dan garam didalamnya.
  2. Ketepikan chocolate tadi, sediakan pan ( periuk) dan tuangkan haeavy cream, gula dan vanilla extract. Letakkan di bawah api yang sederhana dan kacau sehingga gula larut. Apabila heavy cream itu hampir ke tahap didih tutup api.
  3. Tuangkan heavy cream ke dalam chocolate tadi dan biarkan seketika, kemudian pukul adunan tadi tetapi tidak terlalu kuat sehingga sebati dan menjadi sedikit pekat.
  4. Sediakan cawan kecil dan tuangkannya biarkan terdapat sedikit ruang diatasnya.
  5. Akhir sekali masukkan kedalam peti sejuk dan biarkan selama 5- 6 jam. 
  6. Pukul sedikit whipping cream sehingga kembang dan hiaskan diatasnya.
INFO DAPUR BUJANG
  • Resepi " pot de cream" ini adalah perncuci mulut yang berasal dari Perancis dan sangat popular dari abat ke-17 lagi.
  • Resepi yang asal memerlukan kaedah bake tetapi dengan menyejukkan didalam peti ais nampak lebih mudah dan ringkas apatah lagi sekiranya diparutkan sedikit orange dan ditaburkan sedikit cocoa powder tentu nampak lebih menarik dan menyelerakan.
  • Selamat mencuba !


2 comments:

♥ yana ♥ said...

yummmmmm . bestnya . tlg buatkn utk yana 1 . heeeee .
uitm dngun ek ?

aboyandnick said...

no... we UITM Penang...Yang tercinta... haah