KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

LET BE OUR FOLLOWER AND WE CAN SHARE MANY RECIPE

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Tuesday, May 3, 2011

STUFFED CHICKEN PARMESAN WITH "SPINACH" FILLING


STUFFED CHICKEN PARMESAN WITH "SPINACH" FILLING

BAHAN-BAHAN

1 bahagian dada ayam
5 helai daun bayam
1/2 batang lobak merah (dihiris halus dan memanjang)
5 sudu tomato paste
1 sudu Parmesan cheese
2 sudu mozzarella cheese
200 gram tepung gandum
2 biji telur
100 gram serbuk roti " breadcrumbs" 
sedikit mayonnaise 
sedikit mustard

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Pertamanya, belah dada ayam (bahagian tengah dibelah dan tidak terputus ) agar menjadi lebar dan ketuk dada ayam ini hingga menjadi leper.
  2. Kemudian, celurkan sayur bayam dengan air panas sehingga 3 minit dan toskan.
  3. Seterusnya, campurkan Parmesan cheese, mustad dan mayonnaise bersama dengan sayur bayam yang telah dicelur tadi (gaulkan sehingga rata).
  4. Letakkan sayur bayam yang telah digaul rata tadi diatas bahagian dada ayam yang telah diketuk menjadi lebar dalam keadaan rata.
  5. Letakkan juga lobak merah yang telah dihiris halus memanjang diatas dada ayam tadi.
  6. Kemudian gulung dada ayam perlahan-lahan dengan kemas supaya menjadi gulungan yang cantik.
  7. Seterusnya, salutkan gulungan ayam ini dengan tepung, kemudian telur dan akhir sekali dengan serbuk roti "breadcrumbs".
  8. Bakar selama 12-15 minit pada kadar 170 darjah Celsius. 
  9. Setelah nampak garing, tuangkan tomato paste dan taburkan mozzarella cheese diatasnya. bakar semula sehingga cheese cair.
  10. Akhir sekali, anda bolehlah potong menyerong ataupun dihiris tebal-tebal, susun di atas pinggan dan hiaskan.  

TIP DAPUR BUJANG
  • Sesuai dimakan dengan butter sause, BBQ sause dan mushroom sause.
  • Hidangan ini amat sihat, berkhasiat dan cepat. Sayur bayam boleh ditukar dengan sayur lain mengikut cita rasa anda.
  • Kaedah "bake" atau bakar lebih sihat berbanding digoreng. Ayam yang dibakar mempunyai kalori yang lebih rendah berbanding menggoreng menggunakan minyak.

4 comments:

Razman LOP said...

boy.... buat bnyk sikit.... cepoet je..

aboyandnick said...

buat banyak2 saper nak mkn. ni buat sbb nak amik gambar jer and nak mkn sendiri...

::fatihahanapi:: said...

selain bayam, boleh x suggest daun ape bole ganti ?

aboyandnick said...

boleh jer guna yang lain.. kalu orang melayu lebih mudah gunakan sayur sawi... hum... hehe