KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

LET BE OUR FOLLOWER AND WE CAN SHARE MANY RECIPE

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Tuesday, December 27, 2011

AIR BANDUNG BERJAGUNG DAPUR BUJANG

Hari ni kami nak bawakan anda satu minuman yang sedap punya... hahaha. Sebelum tu nak cerita jugak kenapa kami tak update dalam minggu lepas sbb kami sibuk sangat... Banyak sangat group yang datang ke hotel tempat kami kerja. Hari krismas pun kami kena sediakan makanan... Namun dalam masa tu kami curi2 jugak buat resepi tuk anda semua. Baik kan... ahahha... Ok hari ini kami kongsikan bersama anda bagaimana nak buat " Air Bandung Berjagung Dapur Bujang"... waa... nama nak gempak... huhu, just nak berkongsi dan selamat mencuba...


"AIR BANDUNG BERJAGUNG DAPUR BUJANG"

BAHAN-BAHAN:

200 ml Santan
400 ml Air
1 sudu besar Cordial sirap
2 sudu besar Gula merah
3 sudu besar Isi jagung
Sedikit garam

KAEDAH PENYEDIAAN:
  1. Pertama sekali panaskan santan dan juga air.
  2. Setelah panas masukkan cordial sirap dan gula merah.
  3. Apabila air hampir mendidih, masukkan isi jagung dan sedikit garam.
  4. Kemudian letakkan didalam gelas pilihan anda dan hiaskan. 
  5. Sejukkan sebentar air tadi dan boleh juga diminum sejuk setelah dicampur dengan ais batu. 

2 comments:

ecadwinkyasha said...

selalu buat air ne masa bulan puasa dulu..sedap nak berbuka dgn air ne.hehehhee.tapi eca guna susu manis+susu cair je.xguna santan..mana lagi sedap eh?

aboyandnick said...

MANA2 PUN SEDAP...
lagipun resepi ni bukanlah sesuatu yang tetap... jadinya bebas nk guna yang mana satu. sebaiknya cuba buat dua2 pastu bolehlah pilih maner yang sedap... :-)