KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Wednesday, December 14, 2011

Mudahnya Pencuci Mulut!!! MENU:Coco Rice Mousse

 Salam.Hello semua apa khabar? Cam? Sihat? Hum mesti korang rindu aboy ngan nick kan... hehe!!! relexlah baru tiga hari jer kami tak menulis... bukan apa sibuk sikit ni. Seperti yang aboy janjikan, hari ni aboy nak share satu resepi ringkas yang memakan masa hanya sepuluh minit untuk disiapkan. Tambahan pula hanya menggunakan 3 bahan sahaja... Waa... mesti teruja kan semua... hehehe nak tengok bahan2 nyer? Dibawah ni adalah bahan2 yang diperlukan untuk membuat pencuci mulut hari ini... ha... Sebelum terlupa menu untuk hari ini ialah Coco Rice Mousse. Ini merupakan mousse yang paling ringkas didunia... hahaha...

Nilah bahan2 yang diperlukan... senangkan!!!

BAHAN-BAHAN

200 ml Creme Anchor
2 sudu susu pekat
Sedikit coco rice Kellogg's

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Pertama sekali pukul creme anchor tu sehingga gebu. ( jangan pukul terlalu lama kerana ia akan berketul ).
  2. Kemudian masukkan susu pekat dan gaul sahaja menggunakan sudu sehingga sebati.
  3. Seterusnya sejukkan sebentar di dalam peti sejuk untuk 5 minit.
  4. Lastly, keluarkan adunan creme dengan susu tadi dan masukkan pula coco rice kedalamnya. 
  5. Gaul dan hidangkan. 
Nak tengok hasilnya? Berdebar tak ni? hahaha... 1,2,3.... Tara!!!!!


Inilah dia mousse yang simple tu... Camner senangkan.


Ni sesuai dimakan masa sejuk2 lagi. 

Ada jugak orang tanya saya knp tak masukkan sekali coco rice tu  sebelum disimpan didalam peti?
Jawapannya: kalu kita masukkan sekali nanti coco rice tu lemau la... nanti makan tak rangup lagi, so tak syoklah. Cuba bayangkan makan mousse yang lembut dan dalam masa yang sama kita dapat menikmati kerangupan coco rice tu.. perh... sedap tu.. hehe.. 

Selamat mencubalah aboy ngan nick ucapkan semoga perkongsian ini dapat disebarkan. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca blog kami ni. Banyak respon yang kami terima daripada orang ramai. Siap ada yang call lagi nak kenal2 hahaha. Ada juga mintak mengajar dirumah tak kiralah orang biasa mahupun VIP. Kami hargai pelawaan itu. Namun kami masih focus kepada Last Training kami ni. 

Kami juga harapkan doa daripada peminat2 kami( waa.. macam artis pulak) dan semua yang sentiasa bersama kami. Esok kalu kami ada masa kami akan bawa anta melancong ke Cherating pula. Boleh jugak Cheak In di Holiday Villa Resort and Spa, Cherating, tempat kami kami kerja sekarang. Oklah membebel dah panjang sangat. Jumpa lagi semua, jangan lupa follow blog kami. mungkin tahun depan kami akan buat pertandingan untuk semua komuniti dalam Dapur Bujang ini. Harapnya anda dapat menunggu kami. bye... salam...

3 comments:

yura said...

wah mcm best je...

Anonymous said...

wah.tak sangka ada dapur bujang disini :P nak makan kat restoran abg bujang duadua ni :) sedap masak..nice. orang penang lak tue.. huue

aboyandnick said...

ada jer.. kami dah hampir setahun setengah dah... huhu