KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

LET BE OUR FOLLOWER AND WE CAN SHARE MANY RECIPE

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Wednesday, September 1, 2010

KUEY TIAW SERENIA



KUEY TIAW SERENIA

BAHAN - BAHAN

1 bungkus kuey tiaw
3 sudu planta
100 gram cheese mozarella
300 gram daging lembu
500 ml air
1 sudu tepung jagung
2 biji bawang besar(dikisar)
4 ulas bawang putih(dikisar)
1/4 sayur kobis
1/2 lobak merah (dipotong jejari)
1 biji tomato dibelah 6
1 biji telur
Sedikit daun sup dan daun bawang
1 biji limau kasturi
1 batang kayu manis
3 biji buah pala
4 biji jintan manis 
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK
  1. Cairkan planta kedalam kuali dan masukkan sebungkus kuey tiaw. Gaul sehingga rata. Seterusnya sagat cheese mozarella diatas kuey tiaw tadi dan ketepikan.
  2. Untuk membuat kuah "Serenia", panaskan minyak dan masukkan kayu manis,buah pala dan jintan manis untuk menaikan aroma masakan.
  3. Seterusnya masukkan daging kedalam kuali dan goreng seketika bersama rempah tadi agar bau wangi sebati dengan daging.
  4. Kemudian, masukkan bawang merah dan bawang putih yang dikisar untuk ditumis sehingga naik minyak dan berwarna kekuningan. 
  5. Setelah bahan - bahan tadi sudah sebati masukkan air ke dalam kuali.
  6. Reneh sebentar daging lembu tadi sehingga empuk.
  7. Seterusnya, masukkan sayur kobis,lobak merah dan tomato.
  8. Sementara itu pecahkan telur dan pukul sehingga kembang.
  9. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau kuah ini agar telur kelihatan seperti bertali-tali.
  10. Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuah sebagai ejen pemekat.
  11. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  12. Setelah siap letakkan kuey tiaw di tengah tengah pinggan dah tuangkan kuah " Serenia " disekelilingnya supaya kelihatan seperti pulau yang dikelilingi air laut.Hiaskan dengan daun bawang dan daun sup diatasnya.
  13. Perahkan limau kasturi pada kuah "Serenia" untuk rasa sedikit masam dan manis.
TIP HIDANGAN DAPUR BUJANG
  • "Kuey Tiaw Serenia" ini merupakan resepi baru Chef Aboy. Kenapa Serenia? Serenia merupkan satu nama pulau yang cantik. Dilihat kepada hasil masakan ini berbentuk seperti sebuah pulau kecil yang cantik. Perbezaan antara "Kuey Tiaw Serenia" ini dengan masakan kuey tiaw yang lain adalah dilihat pada cara memasak kuey tiaw diawal masakan. Kuey tiaw di ratakan bersama planta dan cheese mozarella adalah untuk menambahkan rasa lemak kuey tiaw ini dan penggunaan limau kasturi yang diperah kedalam kuah "Serenia" adalah untuk memberikan rasa masam dan manis kepada kuah ini.
  • Anda dinasihatkan memasak menggunakan sudip kayu untuk mengelakkan struktur kuey tiaw ini daripada hancur.
  • Daging haruslah direneh sehingga empuk agar struktur daging tidak liat dan cukup masak untuk dimakan. 

No comments: