KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Wednesday, April 20, 2011

CHOCOLATE MUD CAKE


CHOCOLATE MUD CAKE

BAHAN-BAHAN

6 biji telur
100 gram gula
350 gram coklat masak
250 gram butter
100 ml air

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Pertamanya pukul 50 gram gula dengan 6 biji telur sehingga struktur menjadi putih gebu (A)
  2. Dalam masa yang sama masak coklat menggunakan kaedah " double boiling" (B).
  3. Kemudian cairkan butter menggunakan api yang sederhana (C).
  4. Baki gula yang tinggal pula dicampurkan dengan air dan di masak sehinggu gula itu cair(D).
  5. Seterusnya masukkan bahan (D) iaitu air gula kedalam bahan (C) iaitu butter yang telah dicairkan dan kacau.
  6. Kemudian campuran bahan D dan C tadi dimasukkan pula kedalam bahan (B) iaitu coklat masak yang telah dicairkan kacau sehingga sebati.
  7. Dan yang terakhir masukkan campuran bahan D,C dan juga B kedalam bahan (A) iaitu telur yang telah dipukul bersama gula tadi.
  8. Masukkan kedalam bekas acuan berbentuk segi empat.
  9. Bakar selama 45-50 minit pada suhu 180 degree.
  10. Selelah siap dibakar sejukkan didalam peti sejuk dan potong selepas 6 jam.
INFO DAPUR BUJANG

  • Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko.
  • Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.
  • Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.
* Apa kata anda cuba resepi ini dan berikan kepada yang tersayang mungkin senyumannya akan lekat hingga ke pipi. Tunjukkan betapa romanticnya anda dgn menghadiahkan hasil buatan anda sendiri. 

No comments: