KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

LET BE OUR FOLLOWER AND WE CAN SHARE MANY RECIPE

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Thursday, April 21, 2011

SEAFOOD TERRINE CHOWDER


SEAFOOD TERRINE CHOWDER

BAHAN-BAHAN

1 biji bawang besar (cincang halus)
1 sudu besar tepung
600 ml air
2 cube pati ikan
1 biji kentang (rebus dan di hancurkan)
300 ml susu
150 gm sweet corn,di buang airnya
400 gm seafood,sotong,udang (buang kulit), mussel dan salmon 
2/3 keping  roti Whole wheat
(jika anda kekurangan bahan metah,boleh gunakan apa-apa jenis seafood yg senang diperolehi)

KAEDAH PENYEDIAAN

CHOWDER
1. Tuangkan minyak sedikit didalam kuali, dan biarkan kuali panas seketika. api hendaklah di posisi sederhana.
2. Kemudian masukan bawang yang telah di cincang halus, apabila sudah naik bau, masukan tepung kedalamnya dan kacau sehingga sebati
3. Seterusnya masukan air masak sedikit demi sedikit sambil kacau pelahan lahan.setelah selesai masukan air, masuk 2 cube pati ikan dan kacau sehingga larut.
4. Kemudian masukan kentang yg telah di lenyekkan dan apabila sudah mendidih, pelahankan api dan tutup periuk dengan penutup dan biarkan ia direneh (simmer) dalam 10 minit.
5. Apabila kentang sudah sebati dengan sup, masukan susu, sweet corn dan biarkan  sebentar. Akhir sekali season soup dengan garan dan lada hitam.

SEAFOOD TARRINE
1. Cincang bawang besar sehingga halus. Kemudian  tumis bersama mentega sehingga bau wangi. Tutup api.
2. Masukan  salmon ,udang ,sotong dan mussel  ke dalam processor
3. Masukan bawang yang telah di tumis tadi kedalam processor, sedikit roti yang telah di koyak2, garam dan lada hitam.
4.Blend  kesemua bahan tadi,dan masukan heavy cream sedikit demi sedikit.jagan biarkan kandungan itu terlalu cair.
5. sediakan acuan  yg boleh dimasukkan kedalam oven. Alaskan acuan dengan plastic wrap. Sapukan air di dalam sekeliling  mold agar plastic wrap betul-betul melekat di bucu. Kemudian mampatkan adunan yg telah di blend tadi, dan lipat plastic wrap di atas dengan mampat dan kemas. Balut sekali lagi mold tadi bagi memastikan ia lebih kemas
6. Dan akhir sekali bakar di dalam oven mengunakan  teknik water bath, selama 40 ke 50 min pada suhu 77 D. Celsius. setelah siap,biarkan sejuk dan potong terrine  dengan size sederhana dan diletak di tengah  soup plate,tuang soup tadi di sekeliling.

INFO DAPUR BUJANG
* Anda boleh hiaskan dengan caviar dan juga bunga daun bawang mussel dan udang yang dah direbus serta basil oil.
* Makanan yang berkhasiat bagus untuk kesihatan. makanan laut ini banyak mengangungi protien, vitamin and mineral selain itu makannan laut sebegini mampu merawat penyakit darah rendah. 
* Cubalah hidangan ini, anda pasti tertarik dan inginkan lagi.

No comments: