KLIK DISINI UNTUK MENDAPAT HADIAH YANG LUMAYAN

DAPATKAN VOUCHER YANG MENARIK DISINI

Tuesday, July 19, 2011

REMPAH RATUS TERULUNG

Hari ni kita mula pulak cakap pasal rempah. Rempah ratus ni secara tak langsung kita gunakan dalam masakan kita berhari-hari lebih-lebih lagi dalam masakan melayu. Lagi satu yang menarik Tanah Melayu juga pernah terkenal sebagai laluan rempah yang terkenal pada zaman dahulu. Banyak lagi rempah yang kita boleh cari. Kami di Dapur Bujang akan cuba membantu anda dalam mengenal pasti lebih banyak mengenai rempah ratus ini dari semasa ke semasa.


KAYU MANIS

Merupakan salah satu rempah yang paling lama digunakan dan popular di barat. Sering digunakan didalam masakan dan minuman. Aromanya cukup istimewa jika ditambah didalam masakan. Namun ada yang berpendapat bahawa kayu manis ini berasal daripada indonesia dan menjadi tanaman asli disana. Namun pada ketika itu masyarakat disana tidak tahu akan keistimewaan kayu manis ini. Setelah pedagang arab memulakan perdagangan rempah dengan menjual kayu manis ini di India Selatan dan juga di Sri Langka barulah masyarakat Indonesia tahu akan kegunaannya. Nama saintifik ialah Cinnamonus zeylanicum


KETUMBAR

 Daunnya digunakan sebagai herba manakala benihnya dijadikan rempah. Kebanyakkanya digunakan dalam masakan kari dan juga digunakan untuk melakukan proses pemerapan. Popular dalam kebanyakkan masakan masyarakat Asia. Terdapat juga kegunaan lain bagi ketumbar ini termasuklah menghaluskan kulit, menyembuhkan kembung perut dan menghilangan bau mulut.


BUNGA LAWANG

Berfungsi membuat masakan mempunyai aroma yang segar dan wangi. mempunyai nama lain Illicium Verum. Terkenal dalam masakan China, Thailand, Vietnam , Malaysia dan negara Asia yang lain. Ia juga digunakan dalam perbuatan kek dan roti serta dijadikan minuman.

JINTAN MANIS

Merupakan rempah beraroma yang mempunyai rasa manis serata rasa berangin dan sedikit tengik. Ia berwarna koko ataupun hijau muda dan bertukar menjadi kelabu apabila sudah matang. Didalam masakan melayu ia digunakan bersama jintan putih dan dikatakan menjadi ramuan terbaik dalam masakan ikan. Ia juga digunakan didalam pembuatan roti, kek dan gula-gula sebagai penambah rasa.


JINTAN PUTIH

Nama saintifiknya ialah Cuminum cyminum merupakan rempah ratus yang beraroma pahit dan bau yang suam disebabkan kandungan minyak yang banyak. Ia juga merupakan buah kering kecil dari pokok berasal daripada keluarga pasli. Sering digunakan bersama jintan manis dan kebanyakkannya didalam masakan stew kambing dan ayam. Ia juga merupakan salah satu rempah yang disatukan dalam membuat serbuk kari. Berfungsi juga dalam memberikan perasa kepada nasi biasa, kekacang serta pembuatan kek.


BUNGA CENGKIH

Mempunyai rasa yang tajam, kuat dan manis. hampis-hampir pedas dan berangin serta mempunyai rasa kelat dan pahit sehingga meninggalkan kesan kebas di mulut. Digunakan didalam masakan nasi beriyani. Untuk menentukan kualiti bunga cengkih yang baik ialah apabila direndam didalam air bunga cengkih ini akan terapung secara menegak. Ia juga sering digunakan bersama jintan putih dan kayu manis dalam masakan.

SUMBER RUJUKAN:

http://www.penawar.com/v9/?p=356
http://en.wikipedia.org/wiki/Clove
http://www.mccormick.com/content.cfm?id=8218
http://www.theepicentre.com/Spices/cloves.html
http://www.trymasak.my/lihat-glossari.php?GID=TM-bc09f8a590ffc50c5f11b8c5fcfecdb0
http://ninisapunyacerita.blogspot.com/2010_05_01_archive.html
http://www.trymasak.my/view-glossary.php?GID=TM-f9a2805e470fbc172c3c4488a0760fc5

6 comments:

aunieZ said...

rempah ratus buat masakan jd best :)

aboyandnick said...

betul tu...

Ghab Van Hal said...

suka masak, tapi kureng sikit bab2 rempah ratus ini...

aboyandnick said...

tapi masakan melayu dengan rempah ratus sukar untuk dipisahkan kan... hehe

Gen2Merah said...

betulll.. saya ni tahu makan saja.. pasal rempah ratus dan perencah semua tu saya tak tahu sgt.. ehe

aboyandnick said...

so kenalah belajar lepas ni...